GAMING | ESUKAN Pubg D'Xavier muncul juara PMPL SEA 2022.

D’Xavier muncul juara PMPL SEA 2022.

-

[#PUBGMobile] Pasukan PUBG Mobile dari Vietnam, D’Xavier muncul juara kejohanan PMPL Asia Tenggara (SEA) 2022 selepas menamatkan saingan di tangga teratas mengatasi 15 pencabar yang lain.

Pasukan PUBG Mobile dari Vietnam, D’Xavier muncul juara kejohanan PMPL Asia Tenggara selepas menamatkan saingan di tangga teratas mengatasi 15 pencabar yang lain.
Pasukan PUBG Mobile dari Vietnam, D’Xavier muncul juara kejohanan PMPL Asia Tenggara selepas menamatkan saingan di tangga teratas mengatasi 15 pencabar yang lain.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Pavillion Bukit Jalil Exhibition Centre itu 16 pasukan mengambil bahagian termasuk 4 pasukan dari Malaysia.

Namun kekecewaan jelas terpancar pada ribuan penonton yang membajiri lokasi tersebut apabila kesemua wakil Malaysia gagal menempatkan diri di kedudukan lima terbaik.

Hanya pasukan Team Secret sahaja sebagai wakil Malaysia yang berjaya mengakhiri kejohanan dalam kelompok 10 pasukan terbaik dengan pungutan 130 mata secara keseluruhan.

Pasukan D’Xavier yang dikendalikan oleh Nguyen “Ge” Xuan Tuan berjaya mendominasi kejohanan seawal peta pertama lagi apabila mereka peroleh ‘chicken dinner’ dan sekali lagi peroleh kemenangan pada peta ke-4.

Biarpun mendapat tentangan sengit daripada wakil Thailand; Vampire Esports, naib juara PMPL Vietnam itu terus mengukuhkan cengkaman di puncak liga pada hari terakhir kejohanan dengan kemenangan mutlak di peta ke-17 sekali gus dinobatkan selaku raja PUBG Mobile Asia Tenggara.

Sebagai juara, mereka telah membawa pulang hadiah utama bernilai $31,500 USD serta piala iringan dan pemain Indonesia, Yoga “Nerpehko” Malik Rahman yang mewakili pasukan RRQ RYU dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai kejohanan.

Selepas ini, perhatian akan tertumpu kepada kejohanan Peacekeeper Elite League yang akan berlangsung di Xi’an, China bagi mencari siapa bakal ditabalkan selaku jaguh permainan itu di negara tersebut.

Sumber: PUBG Mobile Esports

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you