Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Eric Khor letak jawatan selaku pengurus dan pengarah DOTA 2 Fnatic.

Eric Khor letak jawatan selaku pengurus dan pengarah DOTA 2 Fnatic.

33

[#DOTA2] Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.

Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.
Selepas lebih 6 tahun berkhidmat bersama Fnatic, akhirnya Eric “ReiNNNN” Khor letak jawatan selaku Pengurus Pasukan dan telah digantikan oleh Paolo Gonzalez “KTM” Bago.

Perkara itu dinyatakan dalam satu utusan yang dimuatnaik di Facebook rasmi pasukan.

ReiNNNN mula berkhidmat bersama Fnatic sejak organisasi e-sukan British itu mula bertapak di Asia Tenggara untuk bersaing dalam permainan DOTA 2.

Jasanya selaku tulang belakang utama pasukan yang menguruskan segala aktiviti belakang tabir bersama pemain tidak boleh dipandang enteng.

Kerja kerasnya telah membawa beberapa kejayaan kepada pasukan dan sudah semestinya menduduki tempat ke-4 dalam saingan The International 6 akan terus segar dalam ingatan peminat.

Jawatan yang beliau tinggalkan ini akan digantikan oleh individu dari Filipina iaitu KTM yang pernah menjadi penganalisa dan jurulatih pasukan pada tahun 2019.

Sekembalinya beliau ke dalam pasukan adalah sejajar dengan latar belakang majoriti pemain ketika ini yang berwarganegara Filipina dan berkemungkinan Fnatic akan bersaing untuk liga DPC kali ini secara dalam talian di sana (sebelum ini di Kuala Lumpur).

Pasukan ‘hitam jingga’ itu akan memulakan aksi ‘Road To TI11’ mereka menentang Team SMG pada 4 Disember nanti jam 4 petang dan akan disiarkan secara langsung di saluran Twitch rasmi Beyong The Summit.

Sumber: FNATIC

#FNATIC #DPCSEA

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!