GAMING | ESUKAN Dota 2 ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

ESL One, Alliance tersingkir, tumbang di tangan T1

-

[#Dota2] Alliance tumbang 2-1 di tangan T1 dan tersingkir dari kejohanan ESL One Fall 2021 Bootcamp Edition awal pagi tadi.

Alliance tersingkir dari ESL One Fall 2021 selepas tumbang di tangan T1 2-1

Alliance habiskan peringkat kumpulan (kumpulan B) di tempat ketiga hadir ke pringkat kalah mati di kumpulan kalah bertemu dengan pasukan T1 yang juga menghabiskan peringkat kumpulan (kumpulan A) di tangga ke-4.

Kedua pasukan tersebut masing-masing menunjukkan prestasi yang ‘mediocre’ sepanjang peringkat kumpulan dijalankan minggu lepas.

Perlawanan pembukaan Alliance menentang T1 dilihat dinominasi oleh Alliance. Combo strat Alliance Limmp sebagai Tiny bersama dengan S4 Sand King mengawal pertengahan perlawanan dengan ‘damage’ yang tinggi.

Pemain pos 1 Alliance – Nikobaby sebagai Clinkz yang tersangat licik membuatkan T1 sering gagal untuk menangkap beliau di setiap kali ‘war’ dan menyebabkan T1 gagal untuk menang di perlawanan pertama. Alliance menang besar dengan mata 24-4.

Perlawanan kedua pula seakan sama di bahagian permulaan. Nikobaby kali ini memakai Faceless Void yang juga antara hero ‘Signature’ beliau bersama dengan Limmp sekali lagi sebagai Tiny mengawal permainan di peringkat awal.

Karl yang merupakan pemain tengah T1 sebagai Sand King sedikit sebanyak mengelirukan Strat Alliance dan mula menunjukkan hasil di pertengahan perlawanan. Pemilihan Faceless Void untuk Nikobaby mula dilihat tidak berhasil apabila Support T1 iaitu Xepher sebagai Shadow Demon sering gagalkan combo Chrono void.

Ditambah pula prestasi mantap KUKU – pemain offlaner T1 sebagai Doom yang juga merupakan hero ‘signature’ nya, membuatkan Nikobaby buntu untuk bertindak ‘lapar’ seperti seekor jerung yang merupakan ‘playstyle’ beliau.

T1 kembali di perlawanan kedua dimana mereka menang selepas Nikobaby gagal untuk merancang Buyback beliau dengan baik setelah mati dua kali di ‘war’ terakhir perlawanan kedua. T1 menang 30-21.

ESL One Fall 2021 Playoff Foto Liquipedia

Perlawanan ketiga dilihat dinominasi oleh Alliance di awal dan juga pertengahan. Namun kegagalan Alliance untuk menghabiskan perlawanan awal membuatkan T1 bangun kembali untuk mengawal perlawanan. 23Savage sebagai Lifestealer menjadi masalah besar untuk Alliance di penghujung perlawanan membuatkan Alliance terpaksa mengaku kalah. T1 menang 28-25.

T1 mara ke perlawanan seterusnya dan akan bertemu dengan Beastcoast hari ini. BeastCoast kalah di tangan Tundra Esports di kumpulan menang (Upper Bracket) semalam 2-0. PSGLGD juga mara apabila menumbangkan Team Spirit 2-1 awal pagi tadi.

Sumber: ESL Dota 2

#ESLOne #ESLOneFall #ESLOneBootCamp #AllianceGG #T1 #TeamSpirit #PSGLGD

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Tanpa skuad penuh, PSGLGD Juara OGA Dota Pit

PSGLGD juara OGA Dota Pit awal pagi tadi tundukkan Team Spirit 3-1 di pentas akhir bersama dengan jurulatih mereka iaitu Xiao8.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you