GAMING | ESUKAN Dota 2 ESL One Germany: Team Secret dikejutkan Mudgolems

ESL One Germany: Team Secret dikejutkan Mudgolems

-

[#DOTA2] Pasukan terbaik dunia Dota 2 ketika ini, Team Secret tewas mengejut kepada pasukan yang baru meningkat naik, Mudgolems 0-2 pada awal pagi tadi.

Team Secret tewas mengejut kepada Mudgolems 0-2 pada awal pagi tadi.
Team Secret tewas mengejut kepada Mudgolems 0-2 pada awal pagi tadi.

Di atas kertas, Team Secret dilihat tiada masalah untuk memenangi perlawanan tersebut namun situasi berbeza di dalam gelanggang.

Mudgolems bermula agresif di awal permainan dan pada suatu ketika mereka mendahului mata jatuhan musuh dengan kiraan 8-1.

Pasukan nombor satu Eropah cuba bangkit di pertengahan saingan tetapi ditidakkan dengan taktikal pertahanan yang kemas oleh lawan mereka.

Paling menarik perhatian bagaimana Chaos Knight yang digunakan Neta ‘33’ Shapira telah menyiapkan Aghanim Scepter dalam waktu yang singkat dan menjadi kunci utama kemenangan mereka dalam permainan yang pertama.

Tersentak dengan kekalahan itu, Team Secret memperkemaskan corak permainan di perlawanan kedua.

Namun kesilapan demi kesilapan telah dilakukan oleh pasukan yang diketuai oleh Clement ‘Puppey’ Ivanov itu dan mereka sekali lagi gagal menebusi pertahanan Mudgolems.

Tidak apa yang mampu mereka lakukan selepas itu selain memberikan kemenangan kepada pasukan lawan mereka dan seterusnya terjerumus ke dalam kancah lower bracket.

Kekalahan itu juga telah memadam rekod 20 kemenangan berturut-turut milik mereka sebelum ini.

Lawan mereka di perlawanan penyingkiran nanti adalah bekas juara The International 3, Alliance pada jam 3 pagi esok.

Sumber: ESL One

#ESLOneGermany #TeamSecret #Mudgolems

Jangan lupa support page Sentrum.My untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

TI10: Thunder Predator, Quincy Crew di ambang penyingkiran.

Hari kedua The International 10 tamat awal pagi dengan menyaksikan 2 pasukan dari benua Amerika, Thunder Predator dan Quincy Crew menghuni tangga tercorot dalam kumpulan masing-masing.

TI10: Invictus Gaming, OG dan Virtus Pro terajui saingan kumpulan A

[#DOTA2] Hari pertama peringkat kumpulan The International 10 tamat awal pagi tadi dengan menyaksikan Invictus Gaming, OG dan juga Virtus Pro berkongsi kedudukan di tangga yang teratas kumpulan A.

TI10: PSG LGD jadi pilihan utama, OG intai kejuaraan ketiga.

Kejohanan DOTA 2 The International edisi ke-10 akan membuka tirai petang ini yang bakal menyaksikan 16 pasukan terbaik dunia merebut gelaran juara dunia dengan PSG LGD dijangka menjadi pasukan pilihan utama.

The International 10 kini tanpa penonton, ganti rugi tiket

Valve umum The International 10 diadakan tanpa sebarang penonton di Arena Nationala Bucharest, Romania - ganti rugi tiket yang telah dijual.

BOOM Esports Juara BTS Pro Series 8 SEA

[#Dota2] Boom Esports Juara BTS Pro Series musim 8 rantau SEA selepas mengalahkan pasukan Team SMG 3-2 di pentas akhir sebentar tadi.

Skuad Dota 2 TNC Predator bubar, Mushi kekal?

Seluruh skuad Dota 2 TNC Predator umum bubar di laman sosial mereka namun jurulatih mereka Mushi tiada dalam pengumuman yang sama.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you