GAMING | ESUKAN Dota 2 ESL One Hamburg | Gambit Esports dan TNC Predator...

ESL One Hamburg | Gambit Esports dan TNC Predator ‘Menggila’ di Upper Bracket

-

[#Dota2] Gambit Esports dan TNC Predator merupakan finalist upper bracket ESL One Hamburg selepas masing-masing mengalahkan VICI gaming dan juga Alliance.

TNC Predator Foto TNC

Gambit Esports merupakan pasukan dari rantau CIS yang menunjukkan prestasi yang luar biasa di pentas ESL One ini. Pasukan yang diketuai oleh Lagenda CIS iaitu Artsiom “fng” Barshack bersama dengan Danil “gpk” Skutin, Maxim “Shachlo” Abramovskikh, Danial “XSvamp1Re” Alibaev dan juga Kiyalbek “dream” Tayirov jelas berada di prestasi yang terbaik setakat ini.

Gambit Esports Foto ESL One

Gambit Esports mengalahkan pasukan gergasi China VICI Gaming 2-0 dan tempah slot finalist upper bracket dimana mereka akan bertemu dengan TNC Predator yang juga sekarang ini tengah menggila membuli semua pasukan lawan.

Gambit Esports di perlawanan pertama menentang VICI Gaming mengawal permainan di bahagian awal. Danial “XSvamp1Re” Alibaev sebagai pemain posisi 4 mereka – bermain sebagai Mirana sering roam dan mengawal map dimana beliau dan juga FNG bergandingan memastikan Anti Mage Kiyalbek “dream” Tayirov dibela dengan baik.

GPK sebagai Gyrocopter akan menggunakan stun beliau dan diikuti dengan stun yang lama dari Mirana merupakan combo yang basic tetapi berhasil untuk mengawal laluan tengah di awal permainan.

VICI Gaming cuba untuk mengawal permainan di bahagian late game dengan permainan mantap dari Eurus (akak Paparazi) sebagai Terrorblade, namun permainan mantap dari Anti Mage Dream menggagalkan VICI untuk kembali.

Siri kedua agak berlainan dimana VICI Gaming mengawal permainan sehingga ke pertengahan perlawanan. VICI juga kelihatan dapat mengawal beberapa 5 man war dimana Gambit pula kelihatan lemah untuk combo Faceless Void dengan Legion Commander.

Namun di pengakhiran perlawanan, 5 man war di Dire top shrine, VICI Gaming seperti hilang arah dimana satu persatu pemain mereka kecundang apabila draft Gambit esports lebih kuat dari segi counter attack. Gambit Esports menang 2-0 keatas VICI Gaming dan terus ke final upper bracket manakala VICI Gaming turun ke lower bracket.

TNC Predator juga ‘menggila’ dengan roster terbaru mereka dimana setakat ini sebanyak 11 perlawanan yang dimainkan, hanya sekali sahaja kalah. Pasukan gergasi rantau Asia Tenggara seperti menggila kerana dapat mengalahkan pasukan yang juga berada di prestasi yang terbaik iaitu Alliance semudah ABC.

TNC Predator Foto ESL One

Siri yang pertama, Alliance.Nikobaby dan juga Limmp dapat mengawal permainan dengan baik dan TNC Predator dikatakan tidak akan menang dengan draft yang agak tamak. Enigma, Alchemist dan juga Leshrac mulakan permainan dengan banyak langkah ‘playsafe’ untuk elak kematian yang sia-sia.

Permainan bertukar setelah Armel Alchemist siapkan radiance dan juga Black King Bar dimana beliau mula mencari mangsa yang agak mudah untuk beliau tumbang kan. Kesilapan yang berulang kali daripada pasukan Alliance juga membuatkan draft TNC dapat berfungsi dimana Enigma dikatakan tidak perlu menggunakan Black Hole untuk menumpaskan Alliance. TNC Predator menang siri pertama bawah 26 minit.

Siri kedua seperti ulangan perlawanan pertama dimana Alliance pada awal nye mengawal keadaan namun TNC Predator ambil kesempatan untuk ‘snowball’ atasi Alliance. TIMS sekali lagi menggunakan Enigma namun Gabbi sebagai posisi satu Night Stalker jelas berjaya menumpaskan Alliance.

TNC Predator kalahkan Alliance semudah ABC FOTO ESL

Fasa permainan yang laju dari TNC Predator dan menggunakan setiap kesilapan yang dilakukan Alliance sebagai kekuatan untuk counter attack antara punca TNC Predator kelihatan ‘solid’. 4 man Black hole di pengakhiran permainan membuatkan Alliance seperti hilang arah untuk mengawal keadaan.

TNC Predator menang kedua-dua perlawanan dibawah satu jam dan akan bertemu dengan Gambit Esports di Final Upper bracket ESL One Hamburg.

Sumber: ESL

#Gambitesports #TNCPredator #Alliance #VICIGaming #ESLOneHamburg #ESLOne #ESLHamburg #Dota2News #ESL

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

ESL One Los Angeles, DPC Major ketiga musim baru

ESL One Los Angeles merupakan Dota 2 Major ketiga selepas Leipzig Major yang diumumkan dua hari lepas di oleh ESL Gaming.

MDL Chengdu Major | hari ini bermula peringkat kalah mati!

[#DOTA2] Peringkat kumpulan kalah mati MDL Chengdu Major bermula hari ini.

M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang M1 semalam labuhkan tirai dengan pasukan dari Indonesia EVOS Legends dinobat sebagai juara dunia pertama.

SK Telekom T1 | Febby pelengkap roster

Kim "Febby" Yong-min pelengkap roster pasukan Dota 2 SK Telekom T1 bersama-sama dengan PieLieDie dan juga FoREv.

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC - rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you