GAMING | ESUKAN Dota 2 ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

-

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.
OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi. FOTO: ESL

Skuad muda pasukan juara dunia dua kali itu dipaksa bermain di lower bracket selepas tumpas kepada Team Secret namun berjaya bangkit menumpaskan Thunder Awaken.

Hadir ke pentas pada sesi malam bertemu FNATIC di hadapan ribuan peminat tempatan nyata bukan tugas yang mudah untuk mereka.

Beraksi dalam format best of 3, OG tumpas dalam perlawanan pertama sebelum kembali menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Dalam peta penentuan, Djardel Mampusti (DJ) diberikan tugasan untuk menggunakan Nyx Assassin namun persembahan beliau kali ini sedikit merudum berbanding semalam.

DJ bermula aggresif di awal perlawanan dengan 3 kills namun segala-galanya menjadi serba tidak menjadi buat beliau dan juga FNATIC.

OG kembali bangkit di pertengahan permainan dan hanya memerlukan 32 minit sahaja untuk membenam wakil Asia Tenggara itu sekali gus menempah tempat bertemu Team Secret pada esok hari.

Pasukan mana yang akan menggondol gelaran juara ESL ONE Malaysia 2022 akan terjawab pada 27 Ogos nanti.

Sumber: ESL DOTA 2

#ESLOne #OG #DreamOG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you