GAMING | ESUKAN Dota 2 Evil Geniuses | Abed kekal di mid, Ramzes666 kembali...

Evil Geniuses | Abed kekal di mid, Ramzes666 kembali ke Offlane

-

[#DOTA2] Evil Geniuses umum pertukaran roster baru untuk pasukan Dota 2 mereka semalam dimana S4 dan Sumail ucap selamat tinggal, Abed dan Ramzes666 diucap selamat datang.

Roster terkini Evil Geniuses Foto EG

Roster Evil Geniuses sebelum ini hampir setahun lebih sebelum mereka umum pertukaran semalam dimana roster sebelum ini betul-betul 2 bulan sebelum The International 8. Roster sebelum ini juga menjadi ‘drama’ didalam dunia Dota 2 dimana Tal “Fly” Aizik dan juga Gustav “s4” Magnusson tinggalkan OG, pada masa yang sama OG juarai The International 8 dalam tahun yang sama.

 Selepas kemasukan Fly dan juga S4, EG tidak begitu menyengat di dalam mana-mana kejohanan dan hanya menang satu sahaja iaitu The Summit 9 dimana pembukaan roster mereka sebelum ini. Namun tempat ketiga untuk The international 8 tidak la seburuk yang disangka tetapi tempat ke 6 di The International 9 penanda bahawa pertukaran harus dibuat.

Adakah kemasukan Abed dan Ramzes6 bakal menjadi tuah atau bala?

Ramzes666 dan Abed Foto Liquidpedia

Seperti yang ramai peminat Dota 2 tahu, Abed “Abed” Azel L. Yusop merupakan pemain Dota 2 yang pertama untuk dapat 10k MMR diikuti oleh pemain negara dari Team Secret Midone. Namun dua lagi pemain dari keseluruhan 4 pemain yang mendapat 10k MMR kini berada di dalam EG iaitu Artour “Arteezy” Babaev dan juga Roman “RAMZES666” Kushnarev.

Jika kita lihat dari skill individu, EG mungkin telah dapat kan pemain yang terbaik namun jika anda seorang peminat Dota 2, pemain yang baik dari segi individu bukanlah tiket untuk menjuarai kejohanan yang besar seperti Major mahupun The International.

Antara perkara yang penting adalah ‘chemistry’ diantara pemain untuk bekerjasama dan juga drafter yang pandai memilih Hero yang sesuai bukan sahaja mengikut situasi perlawanan tetapi faham secara mendalam tentang cara permainan atau Play Style pasukan mereka itu sendiri.

Abed Foto Beoyond The Summit

Kehadiran Abed di pasukan EG bukanlah perkara baru untuk beliau dimana beliau sebelum ini sudah pun pernah bermain di rantau Amerika Utara bersama Digital Chaos (kini Chaos EC). Tidak seperti Abed, ini kali pertama Ramzes666 bermain di rantau Amerika Utara setelah menempah nama didalam dunia Dota 2 dari rantau CIS.

Permainan Abed di Midlane memang tiada siapa yang boleh sangkal kehebatannya. Sudah lama beliau buktikan bahawa beliau antara pemain Midlaner yang terbaik di antara pemain Pro. Namun jika hendak kita katakan beliau adalah pilihan yang lebih baik untuk sebelum ini – mungkin tidak.

Selepas 4-5 tahun, Syed ‘Sumail’ Hassan tinggalkan EG yang mana kita tahu, EG adalah Sumail, Sumail adalah EG. Walaupun EG dengan kekalahan boleh dikatakan sinonim, namun Sumail kalah di Midlane jarang kita dengar. Sumail selalunya akan pastikan Midlane itu milik beliau walaupun pasukan beliau di ambang kekalahan.

Sumail sudah bersama EG dari Tahun 2015

Memiliki sifat yang sama, Abed juga jarang kalah di Midlane bersama dengan pasukan-pasukan sebelum ini, namun, Abed mungkin mempunyai beberapa kelebihan dari segi hero yang memerlukan kawalan macro yang tinggi seperti Meepo dan Visage. Sifat Abed juga di Midlaner hampir seperti Pos 1 dimana beliau boleh bermain Hero seperti Medusa dan DK untuk kesesuaian pasukan.

Ramzes666 pula kembali ke posisi 3 iaitu Offlane yang juga merupakan posisi beliau semasa memulakan kareer sebagai pemain Pro Dota 2. Ramzes666 mulakan kareer beliau di ScaryFacez sebagai Offlane sebelum bertukar ke posisi 1 di pasukan CIS Rejects, Team Spirit, Team Empire dan terus dipetik oleh Alexey “Solo” Berezin untuk bermain di Virtus Pro.

Ramzes666 Foto VP

Ramzes666 juga bermain sebagai Offlane semasa di pusingan kelayakan Kuala Lumpur Major apabila pemain offlane mereka ketika itu – 9Pasha bercuti. Posisi 1 diganti oleh fn yang juga pemain CIS yang berbakat besar.

Seperti yang kita boleh agak, Rmazes666 akan menunjukkan prestasi yang baik di posisi 3 kerana, permainan beliau yang sering ‘innitiate’ tersangatlah sesuai untuk posisi ini. Fly dan juga Bulba akan mainkan peranan yang besar untuk memastikan pemilihan hero buat Ramzes666 sesuai untuk permainan beliau. Sumail sebelum ini juga pernah bermain di posisi 3 namun tidak begitu menyengat.

Apa-apa pun, semoga berjaya untuk Evil Geniuses di musim baru.

Roster terkini Evil Geniuses:

  • Artour “Arteezy” Babaev
  • bed “Abed” Azel L. Yusop
  • Roman “RAMZES666” Kushnarev
  • Andreas “Cr1t-” Nielsen
  • Tal “Fly” Aizik
  • Jurulatih: Sam “BuLba” Sosale

Kita akan dapat lihat pasukan ini beraksi pada bulan Disember di Singapura untuk One Dota 2 Singapore World Pro Invitational.

BACA:

Abed dan Ramzes666 pelengkap Evil Geniuses | S4 dan Sumail keluar

Sumber: Evil Geniuses

#EvilGeniuses #EG #BleedBlue #Sumail #S4 #Abed #Ramzes666 #RoadtoTi10 #Dota2Roster #Dota2News #ChangesRoster

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

TNC Predator pasukan ke 7 dijemput ke ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

One Esports umum TNC Predator akan sertai kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational hujung Disember nanti.

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Resolut1on umum sertai Virtus Pro, RodjER keluar

Virtus Pro umum kemasukan Oman "Resolut1on" Fominok sebagai posisi 3/Offlane manakala Vladimir "RodjER" Nikogosyan keluar dari pasukan berkenaan.

Sumail dan Yawar bersatu dalam satu pasukan | Quincy Crew

Sumail dan Yawar akan bermain untuk Quincy Crew bersama dengan Quinn ‘CCnC' Callahan, Arif ‘MSS’ Anwar dan Avery ‘SVG’ Silverman.

vtFaded sertai EHOME ganti Ferrari_430

Kelab esukan Ehome umum pemain negara Cheng " vtFaded " Jia Hao akan sertai kelab berkenaan sebagai pos 1 menggantikan pemain lagenda ferrari_430.

Must read

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.
video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

Geek Fam kini lancar Geek Academy

[#BeritaEsukan] Geek Fam kini ambil satu langkah kehadapan apabila mereka kini bersama-sama  dengan The Academy of Esports lancar Geek Academy

You might also likeRELATED
Recommended to you