Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Evil Geniuses, Invictus Gaming lepasi ujian pertama.

Evil Geniuses, Invictus Gaming lepasi ujian pertama.

100

[#DOTA2] Evil Geniuses dan Invictus Gaming menjadi dua pasukan terawal melepasi peringkat seterusnya selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam saingan ONE Esports Singapore Major 2021.

Evil Geniuses dan Invictus Gaming menjadi dua pasukan terawal melepasi peringkat seterusnya selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam saingan ONE Esports Singapore Major 2021.
Evil Geniuses dan Invictus Gaming menjadi dua pasukan terawal melepasi peringkat seterusnya selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam saingan ONE Esports Singapore Major 2021.

Pasukan daripada Amerika Syarikat itu mudah membenam cabaran daripada wakil Asia Tenggara, Fnatic 2-0 dalam perlawanan pembukaan pagi tadi.

Evil Geniuses ternyata terlalu handal untuk ditandingi dan hanya memerlukan26 minit untuk memenangi mata pertama sebelum dipaksa berhempas pulas pada perlawanan kedua untk menyapu bersih siri perlawanan tersebut 2-0.

Biarpun Fnatic melakukan kejutan dengan membawa masuk Techies namun itu tidak cukup bagi mengekang kemaraan lawan mereka.

Dalam perlawanan seterusnya, Invictus Gaming berdepan dengan seteru setempat iaitu Vici Gaming.

Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah ‘permusuhan’ yang begitu menarik dan perlawanan ini adalah pertemuan mereka yang kedua pada tahun ini.

Invictus Gaming terlebih dahulu mendahului dengan 1-0 selepas persembahan yang meyakinkan ditampilkan oleh Zhou “Emo” Yi yang menggunakan Void Spirit di jalur tengah.

FOTO: ONE Esports

Bersambung ke perlawanan kedua, Emo sekali lagi menggunakan Void Spirit namun kali ini tidak menjadi dan Vici Gaming telah menyamakan kedudukan 1-1.

Dalam permainan penentuan, sekali lagi Emo menjadi tumpuan dan kali ini beliau menggunakan Templar Assassin dengan sangat baik untuk memberikan kemenangan kepada Invictus Gaming.

Bagi pasukan yang tewas iaitu Fnatic dan Vici Gaming, mereka akan bermain di rangka bawahan masing-masing menentang OB Esports Neon dan juga Team Liquid.

Kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC sudah memasuki peringkat utama.

Anda boleh menyaksikan kejohanan ini secara langsung dari rumah dengan resolusi 4K 60 fps menerusi saluran Twitch, Youtube dan Facebook rasmi ONE Esports.

Sumber: ONE Esports

#SingaporeMajor #LIVEEVIL #IGWIN

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!