[#ESUKAN] Organisasi e-sukan terkemuka dunia, Evil Geniuses menjalinkan hubungan kerjasama dengan pasukan bola sepak Inggeris, Wolverhampton Wanderers FC (Wolves).
Semenjak dari tahun 1999 lagi dunia e-sukan sudah mula ditakluki oleh pasukan Amerika Syarikat tersebut dengan mempunyai barisan pemain dan bakat terbaik di seluruh dunia.
We are proud to announce our new partnership with the ultimate sports and entertainment challenger brand, the Wolverhampton Wanderers F.C. (@Wolves).
World domination is easier with a good mate. Read more here: https://t.co/fKVkp9e5Cw pic.twitter.com/y6eryVx1KR
— Evil Geniuses (@EvilGeniuses) July 28, 2021
Kerjasama dua hala antara dua pasukan merentasi sukan ini adalah berkait rapat dengan pemilik pasukan Wolves iaitu Fosun Sports Group yang mula melabur kepada pasukan Evil Geniuses.
Sebagai permulaan, Evil Geniuses menukar sedikit logo dengan meletakkan ‘sentuhan emas’ yang melambangkan warna keramat Wolves manakala pasukan e-sukan Wolves di China akan membantu dari segi pemasaran jenama Evil Geniuses di sana.
Wolves juga akan menyediakan fasiliti latihan buat pasukan e-sukan tersebut sebagai langkah awal persediaan untuk kejohanan dunia League of Legends yang akan berlangsung di Shenzhen hujung tahun ini.
“Saya sangat teruja melihat kerjasama Wolves dan Wolves Esports bersama pasukan Evil Geniuses kerana kerjasama ini akan memberi peluang untuk kami menimba ilmu e-sukan dengan satu pasukan yang terbaik di dunia,” kata Rusell Jones, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Komersial Wolves.
Sebelum ini Wolves mempunyai pasukan Rocket League dan Call of Duty Mobile mereka sendiri yang diberi nama Wolves Esports yang berpengkalan di China.
Ketua Pegawai Eksekutif Evil Geniuses. Nicole LaPointe Jameson pula menyifatkan perjanjian dua hala ini akan memberi kelebihan buat pasukan mereka dalam memasarkan produk dan memudahkan pencarian bakat pemain di benua Asia.
Sumber: Wolves
#LiveEvil
Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!