GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

-

[#CSGO] Evil Geniuses menjuarai perlawanan akhir Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 (BO5) semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Evil Geniuses JUARA ESL One New York Foto ESL

Evil Geniuses membuat “Comeback” di pentas CSGO apabila kembali membawa nama besar kelab sukan elektronik rantau Amerika Utara itu selepas 7 tahun tidak terlibat dengan esukan Counter Strike. Pasukan itu yang sebelum ini bermain untuk kelab NRG, kini menyarung jersi Evil Geniuses cipta sejarah memenangi ESL One New York iaitu kejohanan pertama mereka mewakili kelab rantau Amerika Utara itu.

Ketiadaan Team Liquid yang kalah di tangan Astralis di semi-final, Evil Geniuses secara tidak langsung menjadi tuan rumah untk kejohanan ini sebagai wakil rantau Amerika Utara. Astralis pula merupakan pasukan yang berasal dari Denmark yang tidak asing lagi di dalam dunia CSGO sebagai antara pasukan terbaik dunia.

Map yang pertama di Inferno kelihatan seperti semudah ABC dimana Evil Geniuses membenam pasukan Astralis 16-3 walaupun map berkenaan adalah pilihan Astralis. Percubaan untuk kembali di pusingan pistol oleh Astralis namun gagal apabila EG menggemparkan arena berkenaan dengan menang mudah.

Evil Geniuses JUARA ESL One New York Foto ESL

Astralis cuba bangun kembali di Map kedua iaitu Dust 2 apabila pemain mereka Emil “Magisk” Reif menunjukkan prestasi yang baik di map berkenaan. Magisk menyusahkan hidup EG untuk menang mudah di Dust 2 dan cuba untuk bina kembali “Snowball” momentum yang ada.

Mendahului separuh masa pertama kelihatan seperti Astralis akan memenangi Map kedua ini namun kesilapan dari gla1ve membuatkan pasukan lawan ambil kesempatan yang penuh. EG kembali menentang dan tidak membiarkan “snowball” Astralis berterusan dan mereka menang di Dust 2 16-12.

Peperangan untuk map ketiga berlaku di Train dimana EG kembali memberikan impak momentum yang padu kepada Astralis dan memastikan Astralis terus ditekan. Mendahului dengan mata 7-2 di CT-side (Counter Terrorrist) memastikan Astralis ditekan dari segi kewangan namun pasukan dari Denmark itu tidak mudah mengalah.

Permainan kemas dari Peter dupreeh Rasmussen menggunakan pistol kelihatan seperti dapat mengembalikan cahaya buat pasukan Astralis untuk menang di TRAIN namun EG menekan Astralis sehingga mata akhir 15-11. Astralis tidak menyerah kalah dan sewenang-wenangnya memberikan kejuaraan ini dengan mudah kepada EG 3-0 punca Astralis tolak perlawanan ke masa tambahan.

Permainan serabut EG di masa tambahan menjadikan harapan untuk Astralis bangun kembali kian cerah. Astralis menang tipis di TRAIN dengan mata 22-20.

Masih fokus untuk Map yang ke-4 iaitu di NUKE, Evil Geniuses terus menekan Astralis dengan kuat dan mendahului dengan mata 8-1 sebagai T-side. Walaupun kelihatan seperti gelap masa depan buat Astralis, mereka terus melawan dan menang berturut-turut selepas itu dan habiskan separuh masa pertama dengan mata 7-8 dan membuatkan EG kembali goyah.

Tidak lagi mengambil mudah, Evil Geniuses kembali dengan permainan mantap dari Ethan “Ethan” Arnold dan Tarik membuatkan Astralis mati akal. Hanya menang satu map di separuh masa kedua, Evil Geniuses benam Astralis dengan mata 16-8 dan menang di NUKE map keempat.

Keputusan ESL New York Foto HLTV

Keputusan akhir ESL New York Foto HLTV

Pemain Evil Geniuses yang sebelum ini bermain untuk NRG mengharumkan nama kelab esukan berkenaan apabila cipta sejarah dengan memenangi kejohanan pertama mereka sebagai EG selepas 7 tahun tinggalkan pentas CSGO.

Evil Geniuses kini sebaris dengan pasukan Astralis dan Team Liquid sebagai pasukan terbaik CSGO di dunia. Walaupun Astralis mendominasi pentas CSGO, namun Evil Geniuses menunjukkan bahawa mereka mampu mengalahkan pasukan terbaik itu.

3 pasukan terbaik CSGO ini mungkin akan kembali berentap di pentas DreamHack Masters bulan depan.

Sumber: ESL One

#EG #ESLOne #ESLOneNewyork #ESLNewYork #ESLCSGO #TeamLiquid #Astralis #EvilGeniuses #CSGOMajor

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini CSGO dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Resolut1on umum sertai Virtus Pro, RodjER keluar

Virtus Pro umum kemasukan Oman "Resolut1on" Fominok sebagai posisi 3/Offlane manakala Vladimir "RodjER" Nikogosyan keluar dari pasukan berkenaan.

Sumail dan Yawar bersatu dalam satu pasukan | Quincy Crew

Sumail dan Yawar akan bermain untuk Quincy Crew bersama dengan Quinn ‘CCnC' Callahan, Arif ‘MSS’ Anwar dan Avery ‘SVG’ Silverman.

vtFaded sertai EHOME ganti Ferrari_430

Kelab esukan Ehome umum pemain negara Cheng " vtFaded " Jia Hao akan sertai kelab berkenaan sebagai pos 1 menggantikan pemain lagenda ferrari_430.

Cabaran Fortnite P-1000 kini boleh didapati

Fortnite P-1000 kini boleh didapati dimana pek berkenaan termasuk dengan kosmetik dan cabaran yang memberi ganjaran pulangan lebih 1,500 V-buck.

[#LigaFantasiSentrumMY] “Tidak Salah Jika Tiada Salah”

Alternatif kepada Mo Salah Ok managers, kite di ambang satu lagi gameweek yang hanya akan menjanjikan senyuman kepada mereka...

Must read

video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

Geek Fam kini lancar Geek Academy

[#BeritaEsukan] Geek Fam kini ambil satu langkah kehadapan apabila mereka kini bersama-sama  dengan The Academy of Esports lancar Geek Academy

MMR | Valve ubah cara pengiraan, kiraan baru bermula !

Valve umum perubahan besar yang akan dilakukan di kemaskini akan datang dimana lebih fokus kepada pencarian 'Rank Match' dan juga pengiraan MMR. 

You might also likeRELATED
Recommended to you