[#MovieBuff] Pelakon terkenal Ewan McGregor yang popular sebagai Obi Wan Kenobi didalam francais Star Wars akan kembali melakonkan watak itu untuk siri baharu Disney – Obi Wan Kenobi.
Pengumuman ini dibuat di Disney’s D23 Expo pada hari jumaat yang lalu bersama Kathleen Kennedy yang juga merupakan Presiden Lucas Film.
Watak Obi Wan Kenobi merupakan watak yang sangat penting di dalam francis Star Was dimana boleh dikatakan setiap filem Star Wars tampilkan watak beliau atau disebut-sebut.
Penampilan Ewan McGregor didalam filem Star Wars adalah pada Star Wars: Episode I The Phantom Menace. Disini watak beliau dibina dari menjadi Padawan kepada Jedi Master Qui-Gon Jinn yang dimainkan oleh pelakon Liam Neeson sehingga lah menjadi Jedi Master.
Obi Wan Kenobi sebagai Jedi Master menjadi antara momen yang penting dimana padawan beliau diramalkan menjadi ” The Chosen One” yang akan mengimbangi “The Force” dengan mengalahkan The Sith.
Siri ini masih didalam pembikinan dan akan disiarkan di Disney+, penyiaran baru Disney yang akan dilancarkan pada November kelak.
Sumber dan Foto: Ars Tehnica
#ObiwanKenobi #ObiWan #Kenobi #GenralKenobi #HelloThere #Disney #DisneyPlus! #D23Expo #Anakin #Skywalker #StarWars #LucasFilm
Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini esukan dan juga content yang menarik!