Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Execration cipta kejutan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon.

Execration cipta kejutan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon.

201
Execration cipta kejutan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon.

[#DOTA2] Execration cipta kejutan dengan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon 2-1 dalam saingan Liga Div 1 DPC Asia Tenggara sebentar tadi.

Execration cipta kejutan dengan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon 2-1 dalam saingan Liga Div 1 DPC Asia Tenggara sebentar tadi.
Execration cipta kejutan dengan menumbangkan pasukan sensasi Filipina, OB Esports Neon 2-1 dalam saingan Liga Div 1 DPC Asia Tenggara sebentar tadi. FOTO: ExecrationGG

Ini juga adalah kemenangan pertama mereka ke atas pasukan tersebut dalam semua kejohanan pada tahun ini.

OB Esports Neon terlebih dahulu mengutip mata yang pertama selepas kombo Sand King bersama Mirana menjadi untuk meletakkan mereka mendahului 1-0.

Bersambung ke permainan kedua, gandingan kombo yang sama digunakan tetapi kali ini Execration lebih bersedia untuk membuat serangan balas.

Pemilihan Morphling buat pemain teras utama mereka, Jinn “Palos” Lamatao sangatlah tepat dan beliau berjaya membawa pasukannya untuk menyamakan kembali kedudukan selepas beliau beraksi dengan sangat cemerlang dan berhasil mengutip mata KDA 17/2/7.

Permainan berlarutan sehingga perlawanan penentuan yang menyaksikan OB Esports Neon memilih IO, Beastmaster dan Axe sebagai senarai hero teras mereka.

Walaupun Beastmaster menerima sedikit pengurangan selepas kemaskini terkini dikeluarkan, hero tersebut masih lagi kuat terutama pada fasa pertengahan permainan bersama penggunaan Aghanim Scepter.

Namun Palos yang sekali lagi menggunakan Morphling ternyata lebih jaguh ditambah dengan kombo bersama Dark Seer oleh Fernando “Nando” Mendoza.

Hasilnya Execration mengungguli di lewat permainan dan mengakhirinya dengan kemenangan sekali gus menutup siri perlawanan itu dengan mata 2-1.

Kemenangan tersebut meletakkan mereka di tangga teratas liga bersama TNC Predator dan BOOM Esports dengan masing-masing mengutip 3 mata.

Walau bagaimanapun, Execration dan BOOM Esports sudah bermain sebanyak 5 perlawanan berbanding TNC Predator yang baru sahaja bermain 3 perlawanan.

Sumber: PGL

#DPC2021 #EXEWIN

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!