FalleN sah sertai Team Liquid

-

[#CSGO] Team Liquid akhirnya melengkapkan senarai pemain untuk musim ini selepas membawa masuk pemain terkemuka Brazil, Gabriel “FalleN” Toledo dari pasukan MIBR.

Team Liquid membawa masuk pemain terkemuka Brazil, Gabriel “FalleN” Toledo dari pasukan MIBR.
Team Liquid membawa masuk pemain terkemuka Brazil, Gabriel “FalleN” Toledo dari pasukan MIBR. Foto: ESL

Perkara ini diumumkan dalam satu video acah yang dimuat naik oleh mereka di laman Twitter rasmi pasukan.

Disember lalu, pemain Kanada, Russel “Twistszz” van Dulken telah memberitahu media bahawa beliau akan menarik diri daripada pasukan Team Liquid.

BACA: Stewie2k kekal bersama Team Liquid untuk 2 tahun lagi, FalleN bakal ganti Twistzz?

Beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak baru dan bersutuju untuk diletakkan sebagai pemain tidak aktif bagi memberi ruang kepadanya mencari pasukan baru.

FalleN yang baru masuk menggantikan beliau bukanlah nama yang asing dalam kancah CSGO professional dunia.

Hampir 16 tahun berkecimpung dalam arena ini bermula daripada judul permainan Counter Strike lagi, beliau sudah menjuarai sebahagian besar daripada kejohanan yang disertainya.

Kemuncak kariernya adalah bersama pasukan SK Gaming di mana sepanjang 2 tahun bersama pasukan tersebut beliau telah memenangi sebanyak 12 kejuaraan.

Namun beliau sedikit tenggelam sepanjang bersama MIBR dan berkemungkinan perpindahan ke pasukan Team Liquid ini mampu menaikkan semula mutu dan prestasi permainan beliau.

Team Liquid dijadualkan akan menyertai kejohanan BLAST Premier Global Finals pada 18 Januari nanti yang menampilkan 8 pasukan terbaik dunia tahun lalu.

Sumber: Team Liquid CSGO

#TeamLiquid #LetsGoLiquid #FalleN

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Todak dimalukan Omega Gaming dalam perlawanan pembukaan M2.

[#MLBB] Pasukan Todak dimalukan Omega Gaming 0-2 di perlawanan pembukaan kejohanan dunia M2 yang sedang berlangsung di Singapura.

GeT_RiGhT umum persaraan dari arena professional CSGO.

[#CSGO] Pemain veteran, Christopher “GeT_RiGhT” Alesund yang merupakan duta pasukan Dignitas umum telah mengundurkan diri arena professional CSGO bermula hari ini.

Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1 DPC 2021.

[#DOTA2] Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini.

Adidas menjadi penaja barangan sukan rasmi untuk G2 Esports.

[RASMI] G2 Esports telah memeterai perjanjian bersama Adidas sebagai pembekal barangan sukan buat mereka untuk tahun 2021.

DPC 2021: Gara-gara berkongsi akaun, pasukan dari Malaysia telah ditarik penyertaan.

[#DOTA2] Satu pasukan dari Malaysia yang akan bermain di Liga Bawahan DPC 2021 zon Asia Tenggara telah ditarik penyertaan gara-gara berkongsi akaun bersama pemain luar.

Kejohanan MPL Malaysia dan Singapura akhirnya terpisah.

[#MLBB] Kejohanan berprestij Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia dan Singapura telah dipisahkan secara rasmi bermula tahun ini.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you