Home GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive FaZe Clan akan bertemu BIG di perlawanan akhir Roobet Cup.

FaZe Clan akan bertemu BIG di perlawanan akhir Roobet Cup.

6

[#CSGO] Pasukan nombor satu dunia; FaZe Clan, mara ke perlawanan akhir Roobet Cup setelah membenam cabaran jaguh Denmark; Astralis, 2-1 awal pagi tadi.

Pasukan nombor satu dunia; FaZe Clan, mara ke perlawanan akhir Roobet Cup setelah membenam cabaran jaguh Denmark; Astralis, 2-1 awal pagi tadi.
Pasukan nombor satu dunia; FaZe Clan, mara ke perlawanan akhir Roobet Cup setelah membenam cabaran jaguh Denmark; Astralis, 2-1 awal pagi tadi.

Finn “karrigan” Andersen dan rakan-rakan berjaya bangkit daripada ketinggalan tewas di peta Overpass sebelum bangkit dalam dua peta seterusnya di Mirage dan Dust2 untuk menggapai kemenangan yang cukup dramatik.

Dalam pertembungan di peta Overpass, Astralis berjaya mendahului 4 pusingan awal sebelum FaZe Clan mampu membalas dengan mata yang pertama.

Perlawanan dilihat seimbang selepas itu sehinggalah pada suatu ketika mereka terikat 13-13 namun pasukan dari Denmark itu lebih bernasib baik untuk memenangi 3 pusingan seterusnya bagi mengakhiri peta tersebut dengan kemenangan.

Pemain kelahiran Estonia; Robin “ropz” Kool menjadi tunjang kebangkitan FaZe Clan dalam perlawanan kedua apabila belia menunjukkan permainan yang cukup mantap di peta Mirage untuk membawa FaZe Clan mendahului 10-5 di separuh masa yang pertama.

Momentum kecemerlangan itu diteruskan memasuki separuh masa kedua bagi menyamakan kedudukan menjadi 1-1 dengan kemenangan 16-11.

Memasuki peta penentuan di Dust2, Astralis bermula garang dengan mendahului 3 peta yang pertama tetapi dengan mudah juara PGL Antwerp Major itu menutup kelebihan itu dan memenangi peta tersebut 16-7 dengan mudah.

Sebagai pemenang, FaZe Clan akan bertemu dengan BIG yang berjaya menewaskan pasukan Cloud 9 2-0 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Pentas akhir akan bermula pada jam 1 pagi nanti dan peminat boleh menonton secara langsung menerusi siaran Twitch rasmi Roobet Esports bagi mengetahui siapakah yang akan membawa pulang hadiah utama bernilai $150,000 USD.

Sumber: Roobet

#FazeUp #FazeClan #Astralis #BIG #RoobetCup

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!