GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive FaZe Clan julang trofi IEM Cologne 2022 selepas benam...

FaZe Clan julang trofi IEM Cologne 2022 selepas benam NAVI 3-2.

-

[#CSGO] Dalam perlawanan akhir IEM Cologne 2022 yang cukup epik semalam, FaZe Clan berjaya menumpaskan Natus Vincere (NAVI) 3-2 untuk menjulang trofi keramat kejuaraan tersebut.

Dalam perlawanan akhir IEM Cologne 2022 yang cukup epik semalam, FaZe Clan berjaya menumpaskan Natus Vincere (NAVI) 3-2 untuk menjulang trofi keramat kejuaraan tersebut.
Dalam perlawanan akhir IEM Cologne 2022 yang cukup epik semalam, FaZe Clan berjaya menumpaskan Natus Vincere (NAVI) 3-2 untuk menjulang trofi keramat kejuaraan tersebut. FOTO: ESL

5 perlawanan yang mendebarkan itu bermula di peta Inferno di mana NAVI hampir sahaja membuat kebangkitan selepas ketinggalan 0-5 di awal permainan namun FaZe Clan lebih kental untuk menamatkan peta tersebut dengan kemenangan 16-13.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, pasukan gergasi Ukraine itu kembali memperkemaskan corak permainan di peta Overpass dan berjaya menyamakan kedudukan selepas memenangi peta tersebut dengan mata 16-13 juga.

NAVI terus menjarakkan kedudukan selepas itu apabila peta Ancient menjadi milik mereka selepas bergelut sehingga ke masa tambahan untuk menutup peta itu dengan kejayaan tipis 19-16.

Sedar hanya satu mata sahaja yang diperlukan lagi untuk Oleksandr “s1mple” Kostyliev dan rakan-rakan untuk membawa pulang trofi, FaZe Clan menyusun semula taktik mereka dengan lebih baik di peta seterusnya iaitu Mirage.

Mendahului 10-5 di pertengahan permainan, gandingan tiga serangkai Robin “ropz” Kool, Helvijs “broky” Saukants dan Russel “Twistzz” Van Dulken nyata cemerlang di separuh masa kedua permainan untuk menjinakkan NAVI 16-9.

Peta Nuke menjadi penentu kejuaraan kedua-dua pasukan, FaZe Clan yang mempunyai rekod baik di peta tersebut tetapi ketinggalan 7-8 pada suatu masa.

Ketua pasukan; Finn “karrigan” Andersen membuktikan bahawa pasukannya yang merupakan bekas juara kejohanan PGL Antwerp Major 2022 itu berada dalam prestasi terbaik mereka.

Terikat 14-14 di penghujung perlawanan, Ropz jadi pemusnah harapan NAVI apabila 2 pusingan selepas itu didominasi beliau untuk memberikan kemenangan mutlak 16-14 sekali gus muncul juara kejohanan tersebut.

Sebagai juara, FaZe Clan bakal membawa pulang hadiah utama bernilai $400 ribu USD serta piala iringan dan kemenangan ini juga bakal meletakkan pasukan yang dibarisi gabungan Eropah ini untuk kembali menerajui ranking CS:GO dunia.

Walaupun tewas, S1mple dinobatkan selaku Pemain Paling Bernilai kejohanan selepas menunjukkan persembahan yang memukau sepanjang IEM Cologne 2022 itu berlangsung.

Sumber: ESL CS 

#IEMCologne #FazeClan #FazeUp #NAVI #NaviNation

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you