Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Fnatic akan hadir ke kejohanan ESL One Malaysia 2022.

Fnatic akan hadir ke kejohanan ESL One Malaysia 2022.

4

[#DOTA2] Fnatic jadi pasukan kedua mendapat jemputan untuk bertanding di kejohanan ESL One Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada penghujung Ogos nanti.

Fnatic jadi pasukan kedua mendapat jemputan untuk bertanding di kejohanan ESL One Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada penghujung Ogos nanti.
Fnatic jadi pasukan kedua mendapat jemputan untuk bertanding di kejohanan ESL One Malaysia 2022 yang akan berlangsung pada penghujung Ogos nanti. FOTO: DreamHack

Pengumuman berikut dikeluarkan oleh penganjur pertandingan itu sendiri menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Pasukan DOTA 2 Fnatic mula bertapak di Asia Tenggara semenjak Jun 2015 itu sudah memiliki beberapa kejayaan antarabangsa dan menjadi salah satu pasukan yang sangat digeruni di rantau tersebut.

Digelar selaku pasukan ‘tuan rumah’, Fnatic semestinya diletakkan harapan yang besar bagi memberikan cabaran sengit dalam kejohanan pemanas badan ini sebelum temasya dunia The International 11 berlangsung.

Kepulangan Djardel “DJ” Mampusti ke Malaysia semestinya menjadi tumpuan peminat tempatan yang semestinya akan mengimbau kembali memori keajaiban yang berlaku di Seattle ketika saingan The International 6.

Pasukan ‘hitam jingga’ itu akan berdepan dengan 12 lagi pasukan ternama dunia termasuk juara dunia dua kali; OG di Arena of Stars, Genting Highland bagi merebut hadiah terkumpul bernilai $400,000 USD.

Sumber: ESL DOTA 2

#ESLOne #ESLOneMalaysia #FNATIC #AlwaysFnatic

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!