GAMING | ESUKAN Dota 2 FNATIC benam OG.Seed 3-0, Juara Dota Summit 12

FNATIC benam OG.Seed 3-0, Juara Dota Summit 12

-

[#Dota2] FNATIC benam pasukan didikan OG iaitu OG.Seed 3-0 dipentas akhir kejuaraan Dota Summit 12 awal pagi tadi.

FNATIC juara Dota Summit 12. Foto Beyond the Summit

FNATIC merupakan pasukan rantau SEA yang agak “slow n steady” memulakan liga DPC musim ini namun berikan kejutan di Dota Summit 12 ini.

Pusingan kumpulan, FNATIC kekal rekod bersih tanpa kalah dihari pertama berikan impak yang besar terhadap tahap keyakinan pemain namun seri di ketiga-tiga perlawan di hari kedua.

OG.Seed pula tidak begitu memberikan impak di awal kejohanan namun menghabiskan pusingan kumpulan dengan mata yang sama seperti pasukan FNATIC iaitu 2-3-0.

FNATIC kalahkan pasukan OG.Seed 3-0 dipentas akhir dengan perlawan pembukaan yang kuat dengan hanya 17 minit. Pemain posisi 1 FNATIC, 23savage jelas kian mendapat tempo yang baik dengan pasukan beliau dimana prestasi beliau yang baik untuk hero Alchemist di game 1. OG.Seed memilih Ursa untuk “counter” Alchemist pilihan FNATIC dan cuba menghabiskan perlawanan seawal mungkin namun gagal sebaliknya FNATIC yang menghabiskan perlawanan seawal 17 minit.

OG.Seed kembali di game kedua dengan memilih Spectre untuk tarik perlawanan ke “late game”. perkara ini gagal kerana prestasi Moon selaku pemain midlaner FNATIC yang baik dengan membenam Void Spirid terlalu awal.

Perlawanan ketiga merupakan perlawanan yang paling rapat. OG.Seed cuba untuk tidak kalah 3-0 kepada FNATIC namun gagal. Prestasi 23savage sebagai Slark membuatkan OG.Seed hilang punca untuk menang. Combo terbaik playmaker FNATIC iaitu Jabz dan DJ yang ramai ambil mudah jelas silap besar. Sentiasa di “backup” oleh OmniKnight dan juga Lotus Orb membuatkan 23Savage berani membuat “move” keatas OG.Seed.

FNATIC Juara Dota Summit 12 bawa pulang lebih RM 200,000 jelas memberikan semangat yang tinggi untuk menghadapi kejuaraan lain selepas ini.

Walaupun kejohanan ini bukan didalam liga DPC, FNATIC pasti berpuas hati dengan prestasi mereka.

Sumber : Beyond The Summit

#BeyondTheSummit #BTS #LootBetDS12 #DotaSummit12 #DS12 #EG #OG

Support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik

 

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

FNATIC benam OG.Seed 3-0, Juara Dota Summit 12

[#Dota2] FNATIC benam pasukan didikan OG iaitu OG.Seed 3-0 dipentas akhir kejuaraan Dota Summit 12 awal pagi tadi

Covid-19, ONE Esports Jakarta Invitational ditangguh

[#Dota2] Kejohanan ONE Esports Dota 2 Jakarta Invitational yang akan diadakan pada April 2020 ditangguh akibat situasi virus Covid-19 yang semakin teruk.

Liga Fantasi Sentrum : COVID-19

Perlawanan EPL terkesan tak dengan COVID-19? Macam yang kita semua maklum, virus COVID-19 kini telah menjadi masalah besar di...

ESL One Los Angeles, Dota 2 Major dibatalkan

ESL One Los Angeles Dota 2 Major yang akan diadakan pada hujung minggu ini dibatalkan akibat situasi kesihatan dunia melibatkan Covid-19 (Coronavirus).

WARZONE – 6 juta muat turun kurang 24 jam

Call of Duty Warzone 'free to play' battle royale selepas dilepaskan untuk didapati secara percuma semalam terima lebih 6 juta muat turun dalam masa 24 jam.

DOTA PIT Minor 2020, Minor ke 4 di Split, Croatia

AMD SAPPHIRE DOTA PIT Minor 2020 akan menjadi Minor ke-4 untuk liga DPC yang akan diadakan di Spaladium Arena, Croatia.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you