[#Dota2] FNATIC umum lepaskan 2 pemain roster aktif mereka iaitu Ng Kee “ChYuan” dan juga Yang Wu “Deth” Heng sebentar tadi di laman Facebook rasmi mereka.
FNATIC sebelum ini melengkapkan roster The International mereka dengan kemasukan terakhir iaitu Deth pada awal June sebelum menghadiri pusingan kelayakan Ti10 pada akhir June.
ChYuan pula hadir bersama dengan pasukan FNATIC pada awal April dimana beliau sebelum itu aktif bersama Team Cow yang dibaris oleh pemain Stand-in seperti Dreamocel, Poloson dan juga IYD.
FNATIC menghabiskan kejohanan The International tempoh hari di tempat ke 9-12 apabila mereka tumbang di tangan Juara Ti10 iaitu Team Spirit 2-0 di pusingan kedua LB. Sebelum itu FNATIC berjaya menundukkan pasukan Team Undying di pusingan kalah mati bo1.
L F T !
— Deth (@dethdota) October 21, 2021
Deth walau bagaimanapun tidak menunjukkan bahawa beliau akan berehat dalam masa terdekat ini kerana terus memuat naik status yang memberitahu beliau kini sedang mencari pasukan lain.
Tamatnya The International 10 tempoh hari menandakan kini kebanyakan pasukan akan merubah roster aktif mereka untuk menghadapi musim baru DPC.
Selamat maju jaya buat ChYuan dan juga Deth! GGWP guys!
Sumber: FNATIC FB
#FNATIC #ChYuan #Deth #ALWAYSFNATIC
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!