GAMING | ESUKAN Dota 2 Fnatic melepaskan Masaros.

Fnatic melepaskan Masaros.

-

[#DOTA2] Pemain DOTA 2 Thailand, Nattaphon “Masaros” Ouanphakdee telah dilepaskan secara rasmi oleh pasukan Fnatic.

Nattaphon “Masaros” Ouanphakdee telah dilepaskan secara rasmi oleh pasukan Fnatic.
Nattaphon “Masaros” Ouanphakdee telah dilepaskan secara rasmi oleh pasukan Fnatic. FOTO: FNATIC DOTA

Perkara itu diumumkan dalam satu media bertulis di laman Facebook rasmi pasukan e-sukan tersebut.

ROSTER UPDATE

Natthaphon Masaros Ouanphakdee has been transferred to our inactive roster. This allows him to explore…

Posted by Fnatic Dota on Sunday, 4 April 2021

Masaros mula menyertai Fnatic pada penghujung November tahun lalu bagi menggantikan Daryl “iceiceice” Koh Pei Xiang yang berhijrah ke pasukan Evil Geniuses.

Bermain di posisi offlane, beliau berjaya membantu pasukan tersebut menjuarai Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) rantau Asia Tenggara untuk layak secara automatik ke pentas utama ONE Esports Singapore Major 2021 yang baru sahaja melabuhkan tirai semalam.

Namun prestasi beliau tidak seperti yang diharapkan ketika saingan Major tersebut berlangsung dan memperlihatkan bagaimana Fnatic ditendang keluar seawall pusingan pertama rangka bawah oleh pasukan OB Esports Neon.

BACA: ONE Esports Singapore Major 2021: Fnatic pulang awal.

“Masaros hadir ketika kami (Fnatic) sangat memerlukan. Kami berterima kasih kepadanya dan mengharapkan sesuatu yang baik untuknya di masa hadapan”, kata Lee “Sunbhie” Jeong Jae selaku jurulatih pasukan.

Memetik kata-kata Masaros di Facebook, beliau bersyukur kerana telah diberikan peluang bermain bersama pasukan bertaraf dunia seperti Fnatic.

Kini beliau merancang untuk bermain bersama-sama bekas rakan sepasukannya di Thailand bagi saingan kelayakan terbuka Liga DPC Asia Tenggara.

Sumber: FNATIC DOTA

#Fnatic #Masaros

Jangan lupa support page Sentrum.My untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you