[#CSGO] Fnatic membuat kejutan dengan membawa masuk pemain muda Sweden, Jack Strom “Jackinho” Mason bagi melengkapkan senarai pemain mereka untuk tahun 2021.
Pengumuman itu dibuat melalui satu video acah yang dimuat naik di laman Twitter rasmi pasukan.
Vi är redo att återgå till där vi hör hemma, ses i toppen.@Jackinhocs joins Fnatic CS:GO.
The 21-year old comes in as our fifth member ahead of 2021. pic.twitter.com/uM46sksn8T
— FNATIC (@FNATIC) January 12, 2021
Sebelum ini pemain veteran Fnatic, Robin “Flusha” Ronnquist telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan untuk berhijrah ke pasukan lain.
BACA: Fnatic rasmi lepaskan Flusha buat kali ketiga.
“Saya sangat gembira kerasa impian saya untuk menyertai Fnatic akhirnya tercapai.
“Flusha ialah seorang pemain yang berbakat dan diberi peluang untuk mengisi tempat beliau merupakan tugas yang agak berat.
“Namun saya akan memberikan yang terbaik untuk mengembalikan kegemilangan pasukan ini dan itu janji saya kepada peminat,” ujar Jackinho dalam video pengenalan tersebut.
Jackinho yang merupakan ‘pubstar’ berusia 21 tahun ini tidak mempunyai pengalaman bermain di peringkat besar seperti kejohanan Major.
Namun prestasi beliau pada tahun lalu boleh dikatakan cemerlang dengan memenangi 5 kejohanan kelas C.
Fnatic dijadualkan akan memulakan kempen 2021 di kejohanan IEM 15 World Championship pada 16 Februari hadapan.
Sumber: Fnatic
#AlwaysFnatic #Jackinho
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!