GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Fnatic rasmi lepaskan Flusha buat kali ketiga.

Fnatic rasmi lepaskan Flusha buat kali ketiga.

-

[#CSGO] Pemain ternama Sweden, Robin “Flusha” Ronnquist ucap selamat tinggalkan kepada pasukan kesayangannya, Fnatic untuk meneruskan karier ke tempat lain.

Robin “Flusha” Ronnquist ucap selamat tinggalkan kepada Fnatic untuk meneruskan karier ke tempat lain.
Robin “Flusha” Ronnquist ucap selamat tinggalkan kepada Fnatic untuk meneruskan karier ke tempat lain. Foto: HLTV

Perkara itu diumumkan oleh dirinya sendiri dalam satu ciapan ringkas di akaun Twitter peribadi miliknya.

Beliau sudah bersama Fnatic hampir 6 tahun secara keseluruhan bermula 2013 dan telah memenangi banyak trofi kejuaraan bersama mereka.

Antara kejuaraan terbesar yang pernah dimenangi pasukan itu bersama Flusha adalah ESL Pro League 11 2020, DreamHack Masters Malmo 2019 dan juga WESG 2017.

“Robin (Flusha) ialah seorang pemain yang berbakat besar dan saya yakin beberapa pasukan terbaik dunia semestinya mahukan khidmatnya,” ujar jurulatih pasukan, Adreas Samuelsson.

Ini bukanlah kali pertama beliau meninggalkan pasukan itu dan untuk rekod beliau pernah melakukannya sebanyak 2 kali.

Kali pertama adalah pada tahun 2016 di mana beliau sertai pasukan GODSENT namun hanya bertahan selama 6 bulan sebelum Flusha kembali ke pangkuan Fnatic.

Pada tahun 2018 sekali lagi beliau direhatkan sebelum mengambil keputusan sertai Cloud 9 dan seperti roda, beliau kembali semula menyarung jersi oren hitam selang 6 bulan kemudian.

Flusha tidak menolak kemungkinan akan kembali lagi ke pasukan tersebut untuk kali ketiga namun jika terjadi lagi mungkin bukan sebagai pemain.

Fnatic akan memulakan saingan bagi tahun 2021 pada bulan Februari ini dengan menyertai kejohanan IEM 15 World Championship yang dijadualkan berlangsung di Katowice, Poland tertakluk kepada situasi semasa.

Sumber: FNATIC

#AlwaysFnatic #FNCWIN #Flusha

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1 DPC 2021.

[#DOTA2] Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini.

Adidas menjadi penaja barangan sukan rasmi untuk G2 Esports.

[RASMI] G2 Esports telah memeterai perjanjian bersama Adidas sebagai pembekal barangan sukan buat mereka untuk tahun 2021.

DPC 2021: Gara-gara berkongsi akaun, pasukan dari Malaysia telah ditarik penyertaan.

[#DOTA2] Satu pasukan dari Malaysia yang akan bermain di Liga Bawahan DPC 2021 zon Asia Tenggara telah ditarik penyertaan gara-gara berkongsi akaun bersama pemain luar.

Kejohanan MPL Malaysia dan Singapura akhirnya terpisah.

[#MLBB] Kejohanan berprestij Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia dan Singapura telah dipisahkan secara rasmi bermula tahun ini.

Fnatic membawa masuk Jackinho bagi melengkapkan pasukan.

[#CSGO] Fnatic membuat kejutan dengan membawa masuk pemain muda Sweden, Jack Strom “Jackinho” Mason bagi melengkapkan senarai pemain mereka untuk tahun 2021.

BLAST Global Finals: Team Liquid dan Na’Vi bertemu di pusingan pertama.

[#CSGO] Kejohanan besar pertama tahun 2021, BLAST Premier Global Finals bakal mempertemukan Team Liquid dan Natus Vincere (Na'Vi) seawal pusingan pertama.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you