[#PUBGM] Ahmad Fuad “Fredo” Razali dan Muhammad Izzrudin “Jumper” Hashim ialah antara pemain terbaru yang bakal menghiasi Team Secret MY bagi tahun 2021.
Pengumuman itu dibuat dalam satu video pengenalan pendek yang berdurai 1 minit dan telah disiarkan di semua laman sosial rasmi organisasi e-sukan itu.
This is it. No more teasing. We are proud to announce our roster for the new PUBG Mobile season.
🇲🇾 ISh0tz
🇹🇭 MADTOI
🇲🇾 uHigh
🇲🇾 Jumper
🇲🇾 Fredo
🇲🇾 Y2K
🇲🇾 Seraveem
🇲🇾 OnTheGoA NEW JOURNEY FOR TSMY 🖤
— Team Secret (@teamsecret) February 21, 2021
Berikut adalah senarai terkini pemain Team Secret MY untuk tahun ini:
- Raymond Tan “IShotz” Boon Sheng
- Aekachai “MADTOI” Areesanan
- Muhammad Dhiya “uHigh” Ulhaq
- Ahmad Fuad “Fredo” Razali
- Muhammad Izzrudin “Jumper” Hasihim
Turut sama menyertai Team Secret MY adalah streamer PUBG terkenal, Azizan “Seraveem” Hasnor yang bertindak sebagai jurulatih manakala bekas pemain Resurgence MY, Jay Lim “Y2K” Jarn Jiang dilantik sebagai penganalisa pasukan.
Sebelum ini, Asyam Allam “Rex” Hafiz telah berpindah dari skuad Malaysia ke pasukan Thailand iaitu Team Secret Jin.
Para peminat Team Secret MY dan juga Jin semestinya tidak sabar melihat perkembangan dan bagaimana prestasi serta persembahan pasukan ini bagi tahun 2021.
Kedua-dua pasukan bakal beraksi di kejohanan PMPL MYSG serta Thailand yang dijadualkan akan bermula pada penghujung Mac nanti.
Sumber: Team Secret
#TeamSecretMY #SecretFighting
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!