GAMING | ESUKAN Pubg Fredo, Jumper serta iNaoki tinggalkan Yoodo Gank.

Fredo, Jumper serta iNaoki tinggalkan Yoodo Gank.

-

[#PUBGM] Yoodo Gank memulakan tahun 2021 dengan melepaskan 3 pemain utama mereka iaitu Fredo, Jumper serta iNaoki.

Yoodo Gank memulakan tahun 2021 dengan melepaskan 3 pemain utama mereka iaitu Fredo, Jumper serta iNaoki.
Yoodo Gank memulakan tahun 2021 dengan melepaskan 3 pemain utama mereka iaitu Fredo, Jumper serta iNaoki. Foto: Yoodo Esports

Perkara itu disahkan oleh mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Yoodo Esports tengah hari tadi.

Berjuta terima kasih kepada Naoki Gaming, Fredo Sameon dan Din ‘Jumper’ untuk semua usaha semasa player di Yoodo Gank….

Posted by Yoodo Esports on Friday, 8 January 2021

 

Genap setahun Ahmad Fuad “Fredo” Razali dan Muhammad Izzrudin “Jumper” Hisham bersama pasukan tersebut semenjak menyertai mereka Januari tahun lalu.

Sepanjang penglibatan mereka bersama Yoodo Gank, pasukan tersebut telah menamatkan 4 kejohanan di kedudukan 3 terbaik.

Lebih manis lagi, 1 daripada 4 kejohanan tersebut telah dimenangi mereka iaitu kejuaraan PMPL Spring Split SEA 2020.

Kemasukan Azmal “iNaoki” Jasni pada suku ketiga tahun 2020 sebagai ‘pemain ke-5’ sedikit sebanyak telah membantu mereka menduduki tempat ke-2 dalam saingan akhir PMPL MYSG September lalu.

Pemergian ketiga-tiga pemain dari pasukan Yoodo Gank sudah dihidu peminat bermula daripada ketiadaan Fredo dan Jumper yang telah digantikan oleh Lokman “Bravo” Hakim dan Fairul “Putra” Iskandar untuk kejohanan Malaysia Esports Champiobship (MEC) yang bermula 5 Januari lalu.

Hala tuju ketiga-tiga pemain ini masih samar dan berkemungkinan akan menjumpai pasukan yang baru dalam masa yang terdekat.

Sumber: Yoodo Esports 

#YoodoGank #TheOneAndOnleh

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1 DPC 2021.

[#DOTA2] Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini.

Adidas menjadi penaja barangan sukan rasmi untuk G2 Esports.

[RASMI] G2 Esports telah memeterai perjanjian bersama Adidas sebagai pembekal barangan sukan buat mereka untuk tahun 2021.

DPC 2021: Gara-gara berkongsi akaun, pasukan dari Malaysia telah ditarik penyertaan.

[#DOTA2] Satu pasukan dari Malaysia yang akan bermain di Liga Bawahan DPC 2021 zon Asia Tenggara telah ditarik penyertaan gara-gara berkongsi akaun bersama pemain luar.

Kejohanan MPL Malaysia dan Singapura akhirnya terpisah.

[#MLBB] Kejohanan berprestij Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia dan Singapura telah dipisahkan secara rasmi bermula tahun ini.

Fnatic membawa masuk Jackinho bagi melengkapkan pasukan.

[#CSGO] Fnatic membuat kejutan dengan membawa masuk pemain muda Sweden, Jack Strom “Jackinho” Mason bagi melengkapkan senarai pemain mereka untuk tahun 2021.

BLAST Global Finals: Team Liquid dan Na’Vi bertemu di pusingan pertama.

[#CSGO] Kejohanan besar pertama tahun 2021, BLAST Premier Global Finals bakal mempertemukan Team Liquid dan Natus Vincere (Na'Vi) seawal pusingan pertama.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you