[#PUBGM] Pasukan PUBG Mobile dari Korea Selatan, Archer Gaming mengumumkan bakal menamatkan kontrak dengan pemain mereka bermula 1 Januari tahun hadapan.
Pengumuman itu dibuat dalam satu video yang dimuat naik di siaran Youtube rasmi organisasi e-sukan tersebut.
Langkah ini diambil berkemungkinan besar adalah disebabkan kegagalan mereka melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan PUBG Mobile Global Challenge yang akan berlangsung di Dubai nanti.
Berikut adalah senarai pemain Archer Gaming yang bakal dilepaskan:
- Jang “EunSu” Eunsu
- Lee “Ssung” Sung Gun
- Park “FAVIAN” Sang Cheol
- Kim “InonixOvO” Ryangu
Dalam video tersebut juga mereka mahu memulakan kempen ‘Archer Restart’ yang membawa maksud mahu membina semula pasukan menjelang musim akan datang.
Juara PUBG Mobile Korea Street Challenge ini menamatkan saingan PMGC di tempat ke-21 keseluruhan dengan hanya memungut 78 mata sahaja.
Mereka juga gagal memenangi sebarang chicken dinner di pusingan Super Weekend di mana mereka hanya sertai sekali sahaja iaitu pada minggu ke-4.
Sumber: Archer TV
#ArcherGaming #ArcherRestart
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!