[#DOTA2] Harapan terakhir negara, Galaxy Racer akhirnya kecundang di tangan Vice Esports 0-2 dalam perubatan slot terakhir ke Liga Utama DPC 2021 zon Asia Tenggara.
Kekalahan itu juga merupakan kali pertama mereka tewas kepada pasukan tersebut dalam sejarah penubuhan.
Bermain dalam format best of 3, Vice Esports mudah menewaskan mereka di perlawanan pertama yang berkesudahan selama 37 minit dengan kiraan mata kills 33-6.
Galaxy Racer hampir sahaja menyamakan kedudukan di perlawanan yang kedua namun kesilapan mereka di pertengahan perlawanan yang menyaksikan satu koordinasi pertembungan yang tidak kemas.
Kesilapan tersebut membenarkan pemain teras Vice Esports, Jinn Marrey “Palos” Lamatao mendapatkan triple kills sekali gus membantu pasukannya meratakan skuad Galaxy Racer.
Bermula dari situ pasukan dari Filipina itu mudah menawan base mereka dan mengakhiri perlawanan dengan memusnahkan Ancient milik pasukan negara.
Kekecewaan tersebut telah meranapkan harapan peminat DOTA 2 Malaysia untuk melihat sekurang-kurangnya ada satu pasukan yang bertanding di liga berprestij itu.
Vice Esports akan mengekori satu lagi pasukan yang juga dari Filipina, Execration untuk sertai 6 lagi pasukan handalan Asia Tenggara ke Liga Utama Div 1 DPC 2021.
Sumber: PGL
#Galaxy Racer #GXR #ViceEsports #VICE
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!