GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Gambit Esports juara kejohanan IEM Katowice 2021 selepas benam...

Gambit Esports juara kejohanan IEM Katowice 2021 selepas benam Virtus Pro 3-1.

-

[#CSGO] Gambit Esports menewaskan Virtus Pro 3-1 di perlawanan akhir IEM Katowice 2021 untuk membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai $400,00 USD (RM1,621,400 MYR).

Gambit Esports menewaskan Virtus Pro 3-1 di perlawanan akhir IEM Katowice 2021
Gambit Esports menewaskan Virtus Pro 3-1 di perlawanan akhir IEM Katowice 2021. FOTO: IEM

Ini adalah kemenangan terbesar pasukan itu sejak dari 2017 di mana kali terakhir mereka memenangi kejohanan Major seperti ini.

Gambit Esports bukanlah pasukan pilihan ketika saingan ini bermula namun mereka telah membuat beberapa kejutan menewaskan Natus Vincere serta Team Spirit dalam perjalanan mereka mara ke peringkat akhir.

Dalam peta pertama di Vertigo, Virtus Pro terlebih dahulu mengutip mata pertama hasil daripada pembukaan cantik daripada Mareks “YEKINDAR” Galinskis.

Gambit Esports berjaya mengikat kedudukan apabila Timofey “interz” Yakushin berjaya mengawal tempo permainan dengan baik dan terus menekan untuk memberikan kemenangan buat pasukannya.

Pasukan ‘bintang merah’ itu hampir sahaja menang bersih 16-0 di permainan ketiga di peta Train tetapi Virtus Pro telah mencuri 4 pusingan dan menamatkan saingan dengan mata 16-4 untuk Gambit Esports mendahului 2-1.

Peta Overpass menjadi saksi kekuatan sebenar pasukan underdog itu dengan mendahului 11-4 di separuh pertama dan berjaya menyekat kebangkitan Virtus Pro di separuh kedua untuk memenagi pusingan tersebut dengan mata 16-12.

AWPer muda Gambit Esports, Dimitry “sh1ro” telah ditabalkan sebagai pemain terbaik kejohanan IEM Katowice 2021.

Sumber: IEM

#IEMKatowice #GambitCSGO #VirtusPro

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you