GAMING | ESUKAN Dota 2 Gambit Esports kini dikenali sebagai AS Monaco Gambit.

Gambit Esports kini dikenali sebagai AS Monaco Gambit.

-

[#DOTA2] Kelab bola sepak Perancis, AS Monaco sertai arena e-sukan dengan mengadakan kerjasama bersama pasukan Gambit Esports.

AS Monaco sertai arena e-sukan dengan mengadakan kerjasama bersama pasukan Gambit Esports.
AS Monaco sertai arena e-sukan dengan mengadakan kerjasama bersama pasukan Gambit Esports.

Perkara itu diumumkan oleh pasukan itu sendiri dalam satu video berdurasi 36 saat yang dimuatnaik di laman Twitter rasmi mereka.

Gambit Esports akan menggunakan tag permainan AS Monaco Gambit (ASM.GMB) secara rasmi dan kesemua pemain Fortnite serta DOTA 2 akan menyarung jersi merah putih milik AS Monaco.

“Kami adalah organisasi e-sukan Russia yang pertama membuat kerjasama bersama pasukan bola sepak luar negara.

“Kami juga merasakan bahawa perkara ini akan memberikan impak positif dalam membina fanbase di seantero dunia”, kata Irina Semenova yang merupakan Ketua Bahagian E-sukan MTS.

Naib Presiden AS Monaco, Oleg Petrov menyifatkan kerjasama anatara dua entiti sukan berlainan genre ini akan menarik minat golongan muda dalam menyokong mempromosikan kelab bola sepak tersebut.

Dalam pada itu, ASM.GMB telah menandatangani kesemua pemain Live To Win untuk bermain di bawah pengurusan mereka.

Bagi pengetahuan umum, AS Monaco bukanlah pasukan dari Ligue 1 yang pertama melakukan hal sedemikian kerana Paris St Germain (PSG) sudah terlebih dahulu melakukannya pada tahun 2018.

PSG telah membuat kerjasama bersama organisasi e-sukan gergasi China, LGD Gaming yang merupakan naib juara kejohanan dunia DOTA 2 The International 8.

Sumber: Gambit Esports

#ASMGMB #GAMBIT

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramli
Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang rakyat marhaen berumur 24 tahun yang gemar membaca dan menulis artikel berkaitan e-sukan.

Latest news

BLAST Premier Spring Finals 2021 bakal bermula pada bulan Jun nanti.

[#CSGO] G2 Esports dan Gambit Esports menjadi 2 pasukan terakhir menyertai kejohanan BLAST Premier Spring Finals 2021 yang dijangka akan berlangsung pada 15 Jun nanti.

Evil Geniuses terlalu handal buat pasukan The Cut.

[#DOTA2] Evil Geniuses tepati ramalan mudah menewaskan pasukan The Cut dalam saingan Liga Div 1 DPC Amerika Utara 2-0 awal pagi tadi.

Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG

[#Valorant] Paper Rex muncul juara siri kedua Valorant Challengers Stage 2 MY/SG selepas membenam cabaran rakan senegara dari Singapura, LVR 3-1 di perlawanan akhir.

Team Secret hilang taring, tewas 0-2 kepada Team Nigma.

[#DOTA2] Pasukan terbaik DOTA 2 benua Eropah, Team Secret tewas 0-2 kepada pasukan Team Nigma dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC Eropah awal pagi tadi.

NAVI tewas kepada Team Spirit dalam perlawanan pembukaan Liga Div 1 DPC CIS.

[#DOTA2] Natus Vincere atau lebih dikenali sebagai NAVI tumbang dalam perlawanan pertama Liga Div 1 DPC CIS kepada pasukan dari Russia, Team Spirit.

Team Vitality tewas mengejut kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team.

[#CSGO] Pasukan handalan Eropah, Team Vitality menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada saingan BLAST Premier Spring Showdown 2021 selepas tewas kepada pasukan bukan pilihan, 9Z Team awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you