GAMING | ESUKAN Dota 2 Geek Fam juara SEA, Benam FNATIC - ONE Esports...

Geek Fam juara SEA, Benam FNATIC – ONE Esports SEA League

-

[#Dota2] New King of SEA – Team Geek Fam menjuarai kejohanan ONE Esports Dota 2 Sea League selepas benam FNATIC 3-1 di pentas akhir sebentar tadi.

Geek Fam ONE Esports
Geek Fam Juara ONE Esports Dota 2 SEA League benam FNATIC 3-1!

Kejohanan ONE Esports yang berlangsung seawal bulan lepas di peringkat liga dengan 10 pasukan terbaik SEA berakhir sebentar tadi dimana Geek Fam di julang sebagai juara. Prestasi Geek Fam yang baik jelas melayakkan mereka untuk menjadi juara SEA yang baru mengalahkan FNATIC.

Permulaan yang sederhana di awal peringkat kumpulan, Geek Fam menghabiskan liga di tempat ketiga dibawah FNATIC dan juga TNC Predator. Ditunddukan oleh TNC Predator di hari pertama playoff Upper Bracket dengan mata 2-0, Geek Fam tidak mudah mengalah dengan mendaki semula sehingga ke pentas akhir.

Geek Fam berjaya mengalahkan pasukan terbaik SEA seperti Team Adroit di hari kedua dengan mata 2-1, kemudian pasukan gergasi T1 yang juga dengan mata 2-1 sebelum kembali bertemu dengan TNC Predator di pentas akhir Lower Bracket.

Balas dendam dengan mata 2-0 keatas TNC Predator, Geek Fam buktikan mereka layak ke pentas akhir dengan menunddukan pasukan gergasi Filipina itu selepas belajar dari kesilapan di awal peringkat Playoff.

FNATIC tumbang di game 1 dan bangun di game kedua dengan menyamakan mata 1-1 di pentas akhir. FNATIC yang sering digeruni pihak lawan jelas tidak memberikan impak yang besar keatas Geek Fam kali ini dimana mereka kelihatan begitu bersedia menghadapi pasukan “terpower” Asia Tenggara itu.

Kombinasi mantap Kuku dan juga Raven yang juga bekas pemain pasukan TNC Predator jelas bawa Geek Fam ke satu level yang lain di mata Dota 2 Asia Tenggara. Raven dengan hanya 6 kali mati sebagai pemain Carry untuk Geek Fam diseluruh perlawanan pentas akhir ini jelas layak menjadi antara pemain terbaik kejohanan.

Geek Fam kalahkan juara bertahan Asia Tenggara Fnatic di kejohanan ONE Esports Dota 2 Sea League ini bawa pulang lebih RM 170,000! Tahniah Geek FAM!

Sumber: One Esports

#GeekFam #FNATIC #ONEEsports #IOEsports #ONEEsportsDota2SeaLeague #Dota2SeaLeague #ONEDota #SEADota

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini Dota 2 dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Todak dimalukan Omega Gaming dalam perlawanan pembukaan M2.

[#MLBB] Pasukan Todak dimalukan Omega Gaming 0-2 di perlawanan pembukaan kejohanan dunia M2 yang sedang berlangsung di Singapura.

GeT_RiGhT umum persaraan dari arena professional CSGO.

[#CSGO] Pemain veteran, Christopher “GeT_RiGhT” Alesund yang merupakan duta pasukan Dignitas umum telah mengundurkan diri arena professional CSGO bermula hari ini.

Senarai penuh 8 pemain Malaysia di Liga Div 1 DPC 2021.

[#DOTA2] Seramai 8 pemain kelahiran Malaysia secara keseluruhan bakal beraksi di Liga Div 1 DOTA 2 Pro Circuit (DPC) 2021 yang akan bermula Selasa ini.

Adidas menjadi penaja barangan sukan rasmi untuk G2 Esports.

[RASMI] G2 Esports telah memeterai perjanjian bersama Adidas sebagai pembekal barangan sukan buat mereka untuk tahun 2021.

DPC 2021: Gara-gara berkongsi akaun, pasukan dari Malaysia telah ditarik penyertaan.

[#DOTA2] Satu pasukan dari Malaysia yang akan bermain di Liga Bawahan DPC 2021 zon Asia Tenggara telah ditarik penyertaan gara-gara berkongsi akaun bersama pemain luar.

Kejohanan MPL Malaysia dan Singapura akhirnya terpisah.

[#MLBB] Kejohanan berprestij Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia dan Singapura telah dipisahkan secara rasmi bermula tahun ini.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you