Home GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive Gla1ve kekal bersama Astralis sehingga tahun 2024.

Gla1ve kekal bersama Astralis sehingga tahun 2024.

75

[#CSGO] Ketua pasukan Astralis, Lukas “gla1ve” Rossander akan terus mencurahkan bakti kepada pasukannya selepas mengambil keputusan menandatangi kontrak baru selama 3 tahun.

Ketua pasukan Astralis, Lukas “gla1ve” Rossander akan terus mencurahkan bakti kepada pasukannya selepas mengambil keputusan menandatangi kontrak baru selama 3 tahun.
Ketua pasukan Astralis, Lukas “gla1ve” Rossander akan terus mencurahkan bakti kepada pasukannya selepas mengambil keputusan menandatangi kontrak baru selama 3 tahun. FOTO: Astralis

Perkhabaran mengenai masa hadapannya bersama organisasi e-sukan dari Denmark itu akhirnya terjawab dengan keputusan itu.

Sebelum ini, kontrak Gla1ve yang berbaki kurang daripada 6 bulan sahaja lagi berpeluang untuk menjadi ejen bebas pada tahun hadapan.

Namun, Astralis telah mengikat beliau untuk sekurang-kurangnya kekal bersama mereka sehingga tahun 2024.

“Astralis sentiasa di hati saya dan ke mana sahaja saya pergi, mereka sentiasa menjadi rumah saya”, kata Gla1ve.

Sehingga hari ini, pasukan nombor satu Denmark itu masih mempunyai 3 pemain lagi yang akan mengakhiri kontrak mereka pada hujung tahun ini iaitu Emil “Magisk” Rilf, Peter “dupreeh” Rasmussen serta Andreas “Xyp9x” Hojsleth yang masih belum tahu sama ada mereka akan kekal atau pun tidak.

Astralis bakal kembali ke gelanggang pada pertengahan Ogos nanti dalam saingan ESL Pro League 14 yang akan berlangsung secara atas talian berikutan SOP pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia ketika ini.

Momentum layak ke separuh akhir IEM Cologne 2021 tempoh hari semestinya mahu dikekalkan oleh pasukan tersebut dan itu merupakan prestasi mereka yang terbaik semenjak pemergian Nicolai “device” Reedtz.

Sumber: Astralis

#ToTheStars #AstralisFamily

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!