Home GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive IEM Cologne 2021: Pusingan playoff bermula Jumaat ini, NAVI & G2 sudah...

IEM Cologne 2021: Pusingan playoff bermula Jumaat ini, NAVI & G2 sudah menanti di separuh akhir.

119

[#CSGO] Kejohanan IEM Cologne 2021 akan bersambung pada hujung minggu ini dengan aksi Playoff melibatkan 6 pasukan terakhir untuk merebut gelaran juara.

Kejohanan IEM Cologne 2021 akan bersambung pada hujung minggu ini dengan aksi Playoff melibatkan 6 pasukan terakhir untuk merebut gelaran juara.
Kejohanan IEM Cologne 2021 akan bersambung pada hujung minggu ini dengan aksi Playoff melibatkan 6 pasukan terakhir untuk merebut gelaran juara. Foto: HLTV

2 perlawanan suku akhir akan bermula pada hari Jumaat ini manakala kesemua perlawanan separuh akhir dan akhir dijadualkan akan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad.

Perlawanan suku akhir pertama bakal menemukan Virtus Pro menentang Astralis yang sebelum ini tumpas ditangan Natus Vincere di peringkat perlawanan akhir kumpulan B tempoh hari.

Pasukan nombor satu dunia, Gambit Esports pula akan menentang FaZe Clan yang merupakan antara ‘underdog’ yang harus diberikan perhatian.

Menanti keempat-empat pasukan ini di separuh akhir ialah G2 Esports serta Natus Vincere yang terlebih dahulu ke pusingan tersebut setelah menjuarai kumpulan masing-masing dan mempunyai kelebihan satu hari untuk mempersiapkan pasukan.

Pemenangan antara Virtus Pro dan Astralis akan bertemu G2 Esports manakala Natus Vincere menunggu sama ada Gambit Esports mampu FaZe Clan ataupun tidak.

Kejohanan IEM Cologne ini menawarkan hadiah utama berjumlah lebih dari RM1.5 juta MYR ($400,000 USD) dan pemenang bakal memungut 1,800 mata ESL serta 3,200 mata BLAST Premier untuk memastikan slot ke kejohanan dunia BLAST Akhir tahun ini menjadi milik mereka.

Anda boleh menyaksikan secara langsung pusingan Playoff ini di saluran Twitch ESL CSGO Jumaat ini bermula jam 10.00 malam.

Sumber: IEM

#IEMCologne

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!