Home GAMING | ESUKAN Dota 2 IEM Cologne 2021: Senarai lengkap 16 pasukan ke peringkat kumpulan.

IEM Cologne 2021: Senarai lengkap 16 pasukan ke peringkat kumpulan.

109

[#CSGO] Peringkat Play-In kejohanan IEM Cologne 2021 telah melabuhkan tirai awal pagi tadi dengan Mousesports dan Team Spirit menjadi dua pasukan terakhir untuk melengkapkan senarai 16 pasukan terakhir ke peringkat seterusnya.

Peringkat Play-In kejohanan IEM Cologne 2021 telah melabuhkan tirai awal pagi tadi dengan Mousesports dan Team Spirit menjadi dua pasukan terakhir untuk melengkapkan senarai 16 pasukan terakhir ke peringkat seterusnya.
Peringkat Play-In kejohanan IEM Cologne 2021 telah melabuhkan tirai awal pagi tadi dengan Mousesports dan Team Spirit menjadi dua pasukan terakhir untuk melengkapkan senarai 16 pasukan terakhir ke peringkat seterusnya.

Ninjas in Pyjamas, Team Vitality, BIG dan FaZe Clan adalah antara pasukan yang berjaya melepasi peringkat Play-In untuk menyertai 8 lagi pasukan pilihan di peringkat kumpulan.

Sama seperti peringkat sebelumnya, peringkat kumpulan juga akan menggunakan format singkir ganda best of 3 dengan perlawanan Gambit Esports menentang Mouseports serta Team Liquid bertemu Ninjas in Pyjamas bakal menjadi pembuka tirai pada jam 7.30 malam nanti.

Saingan kumpulan A akan diteruskan dengan pertembungan Virtus Pro dan BIG sebelum diakhiri dengan G2 Esports menentang Complexity.

Pasukan di ranking 50 dunia dari Australia, Renegades yang membuat kejutan terbesar sebelum ini dengan menyingkirkan OG akan membuka saingan kumpulan B melawan Natus Vincere.

Mathieu “ZywOo” Herbaut dan Team Vitality pula dijadualkan bertemu FURIA Esports manakala dua pasukan dari Denmark, Astralis dan Heroic bakal menentang FaZe Clan serta Team Spirit.

Kejohanan IEM Cologne ini menawarkan hadiah utama berjumlah lebih dari RM1.5 juta MYR ($400,000 USD) dan bakal memungut 1,800 mata ESL serta 3,200 mata BLAST Premier untuk memastikan slot ke kejohanan dunia BLAST Akhir tahun ini menjadi milik mereka.

Anda boleh menyaksikan secara langsung peringkat kumpulan IEM Cologne di saluran Twitch ESL CSGO bermula jam 7.30 malam ini.

Sumber: IEM

#IEMCologne

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!