Home GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive IEM Cologne 2022 bakal menyajikan aksi CSGO terbaik dunia.

IEM Cologne 2022 bakal menyajikan aksi CSGO terbaik dunia.

2

[#CSGO] ESL telah mengumumkan 24 pasukan yang akan menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa IEM Cologne bagi merebut hadiah terkumpul bernilai $1 juta USD.

ESL telah mengumumkan 24 pasukan yang akan menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa IEM Cologne bagi merebut hadiah terkumpul bernilai $1 juta USD.
ESL telah mengumumkan 24 pasukan yang akan menyertai kejohanan bertaraf antarabangsa IEM Cologne bagi merebut hadiah terkumpul bernilai $1 juta USD.

Kejohanan yang bakal bermula pada 4 Julai itu nanti akan dimulakan dengan peringkat play-in di mana 16 pasukan akan bertarung untuk 8 slot di pentas kumpulan nanti.

Senarai 16 pasukan play-in:

  1. Heroic
  2. Team Vitality
  3. Outsiders
  4. GODSENT
  5. Complexity Gaming
  6. MIBR
  7. ORDER
  8. TYLOO
  9. BIG
  10. Astralis
  11. Team Spirit
  12. Imperial Esports
  13. Movistar Riders
  14. PaiN Gaming
  15. MOUZ
  16. Sprout

8 pasukan terbaik bakal menanti mereka di pentas kumpulan tersebut dan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dimana format double elimination akan dimainkan.

Kumpulan A akan dibarisi dengan pasukan Natus Vincere, Ninjas in Pyjamas, G2 Esports dan ENCE manakala FaZe Clan, Team Liquid, Cloud 9 dan FURIA Esports akan menghiasi saingan kumpulan B.

Kejohanan yang dijadualkan berakhir pada 17 Julai 2022 bakal menobatkan pasukan yang manakah menjadi raja di ‘Cathedral of Counter-Strike’ Lanxess Arena, Cologne.

Sebagai juara IEM Dallas 2022 bulan lalu, semestinya Cloud 9 menjadi pasukan pilihan untuk menjulang trofi IEM kedua mereka kali ini.

Peminat di Malaysia boleh menonton aksi CSGO yang terbaik ini menerusi siaran langsung di saluran Twitch rasmi ESL dan IEM.

Sumber: ESL Counter-Strike

#IEMCologne

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!