GAMING | ESUKAN Counter Strike: Global Offensive IEM Katowice 2021: Astralis dan Team Spirit layak ke...

IEM Katowice 2021: Astralis dan Team Spirit layak ke playoff.

-

[#CSGO] Astralis dan Team Spirit telah melayakkan diri ke peringkat Playoff kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Katowice 2021.

Astralis dan Team Spirit telah melayakkan diri ke peringkat Playoff kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Katowice 2021.
Astralis dan Team Spirit telah melayakkan diri ke peringkat Playoff kejohanan Intel Extreme Masters (IEM) Katowice 2021. Foto: HLTV

Ini merupakan kali ke-8 berturut-turut buat gandingan 3 serangkai, Nicolai “device” Reedtz, Peter “dupreeh” Rasmussen dan Andreas “Xyp9x” Hojsleth mara ke playoff di bumi Katowice.

Astralis memulakan permainan pertama dengan bergaya apabila mendahului 13-2 di separuh masa pertama.

Evil Geniuses cuba untuk bangkit dengan memenangi 7 pusingan berturut-turut namun Astralis berjaya menyekat kebangkitan tersebut dan menamatkannya dengan kemenangan 16-9.

Bersambung ke permainan kedua di peta Dust2, pasukan dari Amerika Syarikat itu sekali lagi gagal menebuk pertahanan Astralis.

Ketinggalan 4-11 di separuh masa pertama dan akhirnya akur tumpas 7-16 untuk memberi ruang kepada pasukan yang diterajui oleh Device mara ke perlawanan seterusnya.

Bagi Team Spirit pula ini adalah kali pertama buat mereka mara ke playoff semenjak tertubuhnya pasukan ini dan menjadi antara pasukan yang berjaya dari peringkat Play-in.

Abdul “degster” Gasanov dan Leonid “chopper” Vishnyakov telah menjadi tunjang utama pasukan yang telah mengejutkan Heroic di peta yang pertama.

Beralih ke peta yang kedua iaitu Nuke, Team Spirit sekali lagi berjaya mengawal tempo permainan untuk membolehkan mereka mendahului 10-5 di separuh masa pertama.

Masih tidak mahu mengalah, dengan bantuan Nikolaj “niko” Kristensen, Heroic telah merapatkan jurang mata ke 15-14 pada suatu ketika.

Namun Chopper yang beraksi baik sepanjang perlawanan telah mendapatkan clutch 1-lawan-3 di pusingan terakhir untuk memberikan kemenangan yang besar buat pasukan dari CIS itu.

Team Spirit bakal berdepan satu lagi ujian getir berdepan Astralis bagi menentukan posisi mereka di peringkat playoff yang akan bermula minggu hadapan.

Sumber: IEM

#IEMKatowice #Astralis #TeamSpirit

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

TI11: Team Spirit, Aster, Beastcoast dan Tundra sertai rombongan kedua ke Singapura.

[#DOTA2] 4 lagi pasukan termasuk Team Spirit telah menempah tiket ke kejohanan dunia The International 2022 secara merit dan ini menjadikan 8 pasukan keseluruhan yang layak menerusi ranking DOTA 2 Pro Circuit (DPC)

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you