GAMING | ESUKAN Dota 2 Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC...

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

-

[#Dota2] Invictus Gaming juara Dota Summit 11 – kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

IG Foto Beyond The Summit

Invictus Gaming itu yang dianggotai oleh dua pemain negara muncul juara kejutkan peminat Dota 2 dimana mereka boleh dikatakan pasukan underdog walaupun menguasai pusingan kelayakan untuk rantau China. Invictus Gaming atau lebih mesra dikenali sebagai IG merupakan kelab esukan China yang sudah lama bertapak di dunia esukan ini dimana mereka merupakan pemenang The International 2 bersama dengan pemain negara Wong “ChuaN” Hock Chuan kalah kan pasukan natus Vincere di pentas final.

Chaos EC yang sebelum ini dikenali sebagai Quincy Crew dianggotai oleh otai-otai Dota 2 seperti SVG, MSS dan juga Quinn/CCNC tidak dapat mengalahkan pasukan yang boleh dikatakan baru di pentas profesional kecuali Hu “Kaka” Liangzhi!

IG Draft perlawanan akhir IG vs Chaos EC Foto IG

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11 DPC pertama musim baru Foto IG

Pentas final Dota Summit 11 dihabiskan dengan 3 perlawanan sahaja di best of 5 dimana pasukan IG membenam pasukan Chaos EC 3-0 tanpa memberi sebarang peluang untuk menang satu perlawanan pon! IG yang dibarisi pemain bakat baru seperti Zhou “Emo” Yi, Thiay “JT-” Jun Wen dan juga Chan “Oli” Chon Kien bukti mereka mampu memberi saingan yang hebat dengan pasukan otai.

Perlawanan yang pertama dapat kita saksikan Yawar pemain posisi satu Chaos EC tidak dapat bermain dengan baik apabila hampir keseluruhan pasukan IG membeli Eul untuk mematikan langkah Yawar. Emo sebagai Ember Spirit dilihat seakan-akan membuli pasukan Chaos EC dengan prestasi yang terbaik dari hero berkenaan. IG Kaka sebagai roamer Mirana combo bersama Oli sekat permainan Chaos EC di awal dan juga pertengahan permainan.

Sekali lagi IG.Kakak sebagai Mirana dan tidak diban dilihat seperti Chaos EC tidak terganggu dengan permainan Kaka, namun combo JT Magnus dan juga Anti Mage Flyfly membuatkan Chaos EC mati akal di penghujung game. Emo sebagai Tiny bertindak sebagai pengacau game di pertengahan perlawanan amat berkesan membuatkan core Chaos EC tidak berbuat apa-apa.

Sinar kemenangan sedikit kelihatan di perlawanan ke 3 dimana prestasi CCNC sebagai Obsidian Destoyer sangat kemas dan kesilapan yang terlalu banyak oleh IG dipermulaan perlawanan. Namun Ig.Kaka sebagai Nyx Assassin berjaya mengembalikan perlawanan di tangan IG. Pertarungan akhir melihatkan CCNC tanpa buyback punca Chaos EC tidak dapat bertahan dan kekemasan permainan Invictus Gaming bukti mereka lebih layak untuk menang.

Tahniah pasukan Invictus Gaming dan juga tahniah kepada 2 pemain negara yang bakal menggegarkan dunia Dota 2 JT dan Oli!

Pasukan Invictus Gaming secara automatik layak ke MDL Chengdu Major, bawa pulang lebih RM250,000 dan juga 140 mata DPC.

Sumber: Beyond The Summit

#InvictusGaming #IG #DotaSummit11 #DotaSummit #BeyondTheSummit #DPC #Dota2NewSeason

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you