[#DOTA2] Invictus Gaming muncul juara kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 selepas berjaya menumpaskan pasukan terbaik dari Amerika Syarikat, Evil Geniuses 3-2 dalam perlawanan akhir yang baru sahaja tamat.
Ini merupakan kejuaraan Major pertama yang dimenangi oleh pasukan tersebut sejak sistem DOTA 2 Pro Circuit diperkenalkan pada tahun 2017.
Bertemu Evil Geniuses yang menewaskan PSG LGD di perlawanan akhir rangka atas (upper bracket), rata-rata peminat mengharapkan saingan yang sengit dipertontonkan.
BACA: Buku bertemu ruas, Invictus Gaming berdepan Evil Geniuses di peringkat akhir.
Nyata ramalan mereka meleset apabila bekas juara The International 5 terlalu handal buat pasukan dari China itu terutama pemain jalur tengah mereka, Abed “Abed” Yusop.
Beliau bermain Storm Spirit dengan sangat cemerlang untuk membantu pasukannya memungut dua mata yang pertama bagi mendahului siri perlawanan tersebut 2-0.
In less than 30 minutes, @EvilGeniuses take game two 🏃♂️#SingaporeMajor pic.twitter.com/DrOKcmaWRI
— ONE Esports (@ONEEsports) April 4, 2021
Peluang Invictus Gaming untuk terus bersaing dalam perlawanan ini masih terbuka jika mereka berjaya memungut mata kemenangan selepas ini.
Sekali lagi Storm Spirit dilepaskan untuk diberikan kepada Abed tetapi kali ini perlawanan menjadi lebih sengit.
Walaupun ditambah dengan kelincahan Andreas “Cr1t-” Nielsen yang menggunakan Earth Spirit, Invictus Gaming masih mendapat membendung kecemerlangan Evil Geniuses.
Cr1ttttttttttttttttttttttt-@Cr1tdota #SingaporeMajor @EvilGeniuses pic.twitter.com/wm3rfYHcPa
— ONE Esports (@ONEEsports) April 4, 2021
Akhirnya Invictus Gaming berjaya memperoleh satu mata yang sangat penting dan mereka harus berterima kasih kepada Zhou “Emo” Yi yang bertungkus lumus di akhir permainan biarpun telah melakukan sedikit ‘provokasi manja’ bagi menghangatkan lagi suasana.
the audacity to drop a question mark when you’re one game away from losing the grand finals
it’s pure poetry pic.twitter.com/P1gYMccB90
— midormeepo (@midormeepo) April 4, 2021
Momentum kemenangan tersebut terus dikekalkan dalam 2 permainan berikutnya dan ketua pasukan yang merupakan pemain paling senior dalam pasukan, Hu “Kaka” Liangzhi diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan ini.
Congratulations, @invgaming! 🥳🥳🥳 What an incredible comeback.#SingaporeMajor pic.twitter.com/0XpzM57VP5
— ONE Esports (@ONEEsports) April 4, 2021
Pujian harus diberikan kepada dua pemain kelahiran Malaysia, Thiay “JT-” Jun Wei dan juga Chan “Oli” Chon Ken yang berjaya membuka mata kepada orang ramai bahawa kita masih mempunyai bakat dalam permainan ini.
Sebagai juara, Invictus Gaming membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai $200,000 USD (RM823,500 MYR) dan juga 500 mata DPC.
Sumber: ONE Esports
#SingaporeMajor #IGWIN #InvictusGaming
Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!