Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Jabz tinggalkan FNATIC, Eyyou sebagai ganti posisi 5

Jabz tinggalkan FNATIC, Eyyou sebagai ganti posisi 5

252
Eyyou Jabz FNATIC
FNATIC umum Eyyou sebagai posisi 5 gantikan Jabz.

[#Dota2] FNATIC umum kemasukan pemain posisi 5 baharu iaitu Nico “eyyou” Barcelon sebentar tadi pada masa yang sama Jabz umum keluar dari pasukan itu.

Eyyou Jabz FNATIC
FNATIC umum Eyyou sebagai posisi 5 gantikan Jabz.

FNATIC merupakan pasukan Dota 2 terkuat di rantau SEA dimana mereka menjuarai 4 daripada 7 kejohanan Dota 2 atas talian yang dianjurkan sejak kedatangan pandemik Covid-19. Baru-baru ini, FNATIC umum berpisah dengan pemain posisi satu mereka iaitu Nuengnara “23savage” Teeramahanon yang digantikan dengan pemain GeekFam iaitu Marc Polo Luis “Raven” Fausto.

https://www.facebook.com/FnaticDota2/photos/a.365646526933340/1740947886069857/

Mengikut penjelasan FNATIC di laman Facebook mereka, di kejohanan ESL One Thailand rantau SEA 2020 baru-baru ini, mereka mempunyai sedikit masalah untuk menentukan siapakah akan menjadi Kapten di kejohanan tersebut yang sering dipikul oleh Iceiceice.

https://www.facebook.com/Jabzdota2/posts/2846794528755606

Iceiceice memutuskan untuk berehat seketika dimana DJ pikul tanggungjawab tersebut dengan syarat beliau bermain di posisi 5. Jabz kembali ke posisi 4 dimana mereka habiskan kejohanan tersebut di tempat ketiga yang agak memuaskan bagi pihak FNATIC.

Jabz mengatakan bahawa beliau lebih selesa bermain di posisi 4 pada masa yang sama begitu juga DJ. Susulan dari itu, FNATIC putuskan untuk lepaskan Jabz dan memasukkan pemain posisi 5 Eyyou hasil cadangan dari Raven dan juga DJ.

Jabz umum dilaman Facebook beliau kini free agent dan mencari pasukan untuk bermain.

Sumber: FNATIC Facebook

#Jabz #Eyyou #FNATIC #Iceiceice #DJ #ESLOne #ESLOneThailand

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!