GAMING | ESUKAN Pubg Juara PMCO 2019 Top Esports kongsi rahsia menjadi pasukan...

Juara PMCO 2019 Top Esports kongsi rahsia menjadi pasukan PUBG Mobile terbaik dunia

-

[#PUBGMobile] Juara PMCO 2019 Top Esports kongsi rahsia menjadi pasukan PUBG Mobile terbaik dunia.

PUBG Mobile Club Open 2019 baru-baru ini baru sahaja menutup tirai dengan memperkenalkan Juara Dunia PUBG Mobile yang pertama.

Baca: PMCO 2019: TOP ESPORTS MUNCUL JUARA!

Juara Dunia PMCO – Top Esports secara tidak langsung menjadi pasukan terbaik dalam kejohanan itu diikuti dengan XquestF dan juga Elite Gaming dimana ketiga-tiga pasukan itu berasal dari China.

Apa rahsia untuk menjadi pasukan terbaik dunia?

Pasukan Top Esports berkongsi rahsia kemenangan bersama dengan AndroidAuthority.com

Perkara yang paling penting merupakan kerjasama antara satu sama lain dan juga persahabatan yang kuat. Dua sebab ini menjadi punca utama Top Esports menjuarai PMCO 2019.

Mereka juga mengatakan bahawa latihan yang konsisten, sentiasa berkomunikasi dan juga kepercayaan kepada rakan sepasukan amat penting untuk menang.

Di dalam esukan PUBG mobile ini, setiap seorang didalam satu pasukan mempunyai peranan yang berbeza dan tidak kurang penting diantara satu sama lain.

Cekap dalam mengadaptasi situasi yang datang dalam masa yang singkat membantu mereka menjuarai PMCO 2019. Apabila berhadapan dengan masalah, team Top Esports akan terus ‘deal’ dengan masalah itu tak kira la susah ke senang, janji masalah tu settle.

Sentiasa mengaku akan kesilapan dan tidak menyalahkan rakan sepasukan juga kunci kemenangan mereka, dalam erti kata lain, jangan asyik sembang salahkan orang, salah sendiri tuh mengaku salah je lah, mengaku, tutup buku and “move on”!. haa baru la berjaya.

Top Esports juga berkata, menyertai esukan ini secara kompetetif sangatlah berbeza apabila hanya bermain untuk suka-suka. Tak banyak rehat yang diberikan, hanya sehari-dua hari sahaja selepas PMCO tempoh hari, mereka sudah melakukan latihan untuk PUBG Mobile World league 2020 akan datang.

Kalau nak berjaya, banyak yang perlu dikorbankan ya tak geng?

TOP ESPORTS menjuarai PMCO 2019, diikuti tempat kedua X Quest F,tempat Ketiga Elite Gaming dan membawa pulang lebih $180,000USD

Sumber: Androidauthority
Foto: PRNEWS

#PUBG #TencentGaming #EliteGaming #XQF #TopEsports #XquestF#Tencent #SentrumMY #RRQAthena #G9

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini esukan dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you