[#LigaFantasiSentrumMY] VAR (Virtual Assistant Referee) datang lagi geng! Musim baru ni apa pulak ke’semakan‘ yang bakal ditimbulkan oleh si Pengadil Maya ni? Ada apa-apa improvement tak?
VAR atau nama penuhnya Virtual Assistant Referee ni telah berjaya memfamouskan dirinya dikalangan penyokong mahupun pemain dan pengurus pasukan bolasepak seluruh dunia semenjak dia memunculkan diri 2-3 tahun yang lepas. Tugas mamat ni adalah untuk membantu pengadil utama di atas padang untuk membuat keputusan yang dianggap sukar untuk dinilai dengan mata kasar. Niat mamat ni memang baik tapi mungkin tahap perincian yang dinilai tu menjadi pertikaian seterusnya menimbulkan kemarahan lalu mencetuskan pula tanda tanya perlu ke mamat ni wujud dalam dunia bolasepak? Apa taknya, rambut panjang pemain pihak menyerang boleh diambil kira sebagai punca keputusan offside ! Apa GILA!
Dah Join LigaFantasiSentrumMY ke belum? Apa itu LigaFantasiSentrumMY? Jangan tunggu lagi KLIK SINI untuk dapatkan Kod Liga!
Setelah pelbagai tomahan dilemparkan kepada VAR, musim baru ni VAR kembali dengan pembaharuan katenyer. Jom kita study sket. (sumber adalah dari Premierleague.com)
Marginal Offside
Secara keseluruhannya masih sama, bermaksud VAR akan digunakan untuk membantu pengadil utama dalam situasi possible offside yang sukar dilihat dengan mata kasar. VAR akan terus menggunakan teknik garisan 1-Pixel untuk menentukan pemain tersebut offside atau tidak. Bezanya kali ini penonton tidak lagi akan dihidangkan dengan tayangan perdana proses keputusan VAR dibuat. Maknanya kita dah tak nampak dah video gerak geri VAR menggerakkan mouse sambil buat line merah dan biru tu. Para penonton hanya akan mengetahui keputusan muktamad sahaja iaitu curik ayam atau tidak!
Delaying The Flag
Masih lagi berkenaan dengan offside. Sebelum ini pengadil penjaga garisan akan delay raising the flag apabila berlakunya situasi offside pada mata mereka dan hanya akan mengangkat bendera sekiranya pasukan yang menyerang berjaya jaringkan gol dan kemudian VAR akan masuk campur macam biasa. Untuk musim baru ni, pengadil penjaga garisan diberikan kelebihan untuk terus mengangkat bendera sekiranya berlaku situasi offside pada penilaian mata mereka. Pada Sentrum, beza dia cepat sket la nak kantoi offside tu. Bagus jugak. Kalau tak kesian pasukan yang menyerang dah penat attack sampai masuk gol tiba-tiba baru la nampak pengadil angkat bendera!
What contact equals a foul?
Musim baru ni EPL telah menyemak kembali apakah yang sahih dikategorikan sebagai foul. Sebelum ni memang huru hara betul tak? Kat tengah padang shoulder lebey sket terus foul. Dalam kotak penalti sampai tergolek belum tentu dapat foul. Itu pun bergantung kepada pengadil ada pulak yang terbalik kan? Kini jawatankuasa pengadilan telah mengambil kira kesemua rungutan dan pendapat pemain dan juga penyokong! Wow!. Mereka bersetuju degan rata-rata pendapat menyatakan yang tackle merupakan salah satu seni bolasepak yang apabila terlalu diambil kira mengenai kekerasannya akan membuatkan perlawanan itu menjadi hambar. ITU BENAR! Selepas ini foul hanya akan diberi jika berlaku 3 sebab 1. Berlaku SENTUHAN kasar yang jelas 2. Kekasaran itu mendatangkan impak 3. Kekasaran dilakukan dengan niat/sengaja. Boleh ke dorang ni nilai semua ni sekelip mata? NANTIKAN
Seperti biasa Kod Liga adalah seperti dibawah:
KOD LIGA: T5QU1R
Siapa cepat dia dapat boss! Apa lagi tunggu, marilah kita menyemarakkan lagi Liga Fantasi SentrumMY ini geng! Apa-apa pun, stay safe guys!
Apa-apa hal, boleh hubungi kami di:
Email: reach@sentrum.my
FB: https://www.facebook.com/sentrummy/
Jangan lupa untuk like, share dan subscribe semua social media Sentrum MY untuk info dan pengumuman terkini ya guys!
#FantasyPremierLeague #FantasyLeague #PLFantasyManager#FantasyFootball #EPL #EnglishPremierLeague #SentrumLeague#SentrumMY