Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Kejohanan DOTA 2 ESL One kembali ke Malaysia!

Kejohanan DOTA 2 ESL One kembali ke Malaysia!

9

[#DOTA2] ESL dengan rasmi mengumumkan bahawa kejohanan ESL One kembali ke Malaysia selepas 4 tahun ditunda akibat konflik pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

ESL dengan rasmi mengumumkan bahawa kejohanan ESL One kembali ke Malaysia selepas 4 tahun ditunda akibat konflik pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
ESL dengan rasmi mengumumkan bahawa kejohanan ESL One kembali ke Malaysia selepas 4 tahun ditunda akibat konflik pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Kejohanan yang diberi nama ESL One Malaysia 2022 itu akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands dengan anggaran hadiah terkumpul yang ditawarkan berjumlah lebih RM1.7 juta MYR ($400,000 USD).

12 pasukan akan menyertai pertandingan tersebut di mana 7 pasukan akan mendapat jemputan terus manakala slot selebihnya akan diisi menerusi pusingan kelayakan.

Rata-rata penganalisis DOTA 2 menyatakan bahawa temasya berskala besar ini juga boleh dianggap sebagai pentas latihan terbaik buat pasukan-pasukan yang akan bermain di The International 2022 kelak.

Hal ini kerana zon masa dan cuaca yang sama (dengan Singapura) nyata akan memberikan sedikit kelebihan buat mereka yang mengambil keputusan untuk bertanding di kejohanan ini nanti.

Peminat boleh mendapatkan tiket pra jualan yang akan bermula pada hari ini jam 3 petang nanti dengan harga bermula daripada RM69 MYR sahaja di laman sesawang esl-one.com/malaysia.

Sumber: ESL

#ESLOneMalaysia #ESLOne

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!