[#MLBB] Kejohanan berprestij Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia dan Singapura telah dipisahkan secara rasmi bermula tahun ini.
Perkara ini diumumkan dalam satu notis penting yang dimuatnaik oleh laman Instagram rasmi MPL MY/SG petang semalam.
Perubahan ini dibuat adalah untuk membuka lagi peluang kepada pemain MLBB yang mahu menyertai kejohanan tersebut.
“Bermula edisi ke-7 kejohanan, MPL Malaysia akan dipisahkan bagi memberi ruang kepada kandungan tempatan dan penyertaan yang luas dari rakyat Malaysia untuk bertanding,” ujar mereka di ruangan notis tersebut.
Pendaftaran bagi pasukan untuk kelayakan MPL Malaysia akan mula dibuka pada 18 Januari ini.
Menggunakan slogan “Malaysiaku! Tanahku!” diharapkan perubahan ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pemain judul permainan ini.
Sumber: MPL MY/SG
#MPLMYSG #MPLMY
Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!