GAMING | ESUKAN Pubg Kemaskini PUBG Mobile: Mod baru dimana pemain sebagai Zombie

Kemaskini PUBG Mobile: Mod baru dimana pemain sebagai Zombie

-

[#PUBGMobile] PUBG Mobile telah mengumumkan kemaskini terbaru pada 14 Ogos nanti dengan mod baru dimana pemain dibahagi kepada dua pasukan iaitu survivor dan juga zombie.

Pengumuman itu dibuat oleh laman rasmi Twitter Pubg Mobile semalam.

Berita tentang kolaborasi PUBG Mobile bersama dengan zombie ini sudah diumumkan lebih kurang sebulan yang lalu iaitu PUBG Mobile X The Walking Dead tetapi belum pasti tarikh kemaskini nya.

Pubg Mobile X The Walking Dead – kolaborasi di Erangel 2.0

Mod diperkenalkan dipanggil INFECTION dimana didalam mod ini, pemain dibahagi kepada dua pasukan iaitu pertahanan/survival seperti biasa dan pemain yang lain akan menjadi zombie.

Pemain survival akan loot dan mencari senjata seperti biasa manakala pemain zombie pula akan mempunyai kuasa istimewa untuk mengalahkan pemain survival.

Yang menariknya, pemain survival boleh dijangkiti untuk menjadi zombie dan bukannya mati apabila diserang zombie. Jika zombie dapat menjangkiti semua pemain survival, makan zombie menang dan jika survival dapat membunuh semua zombie maka mereka akan menang.

Beberapa kemaskini dari segi UI juga akan berubah.

PUBG Mobile X Zombies – Foto SportsKeeda

Macam mana geng? dah macam main Left 4 Dead pulak rasa.

Sumber & Foto: Sportskeeda 

#PUBGMobile #PUBGZombie #PUBGMobileZombie #PubgMobileXTheWalkingDead #PubgWalkingDead#TheWalkingDead #PMCO #TencentGames

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini PUBG Mobile | PUBG dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Apex Legends musim 3 | Map baru, Legends baru dan banyak lagi!

Respawns Entertainment dan EA lancar Apex Legends musim ke 3 semalam dengan Map baru iaitu Worlds Edge, Legends baru - Crypto dan banyak lagi.

TNC Predator pasukan ke 7 dijemput ke ONE Dota 2 Singapore World Pro Invitational

One Esports umum TNC Predator akan sertai kejohanan ONE Esports Dota 2 Singapore World Pro Invitational hujung Disember nanti.

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Resolut1on umum sertai Virtus Pro, RodjER keluar

Virtus Pro umum kemasukan Oman "Resolut1on" Fominok sebagai posisi 3/Offlane manakala Vladimir "RodjER" Nikogosyan keluar dari pasukan berkenaan.

Sumail dan Yawar bersatu dalam satu pasukan | Quincy Crew

Sumail dan Yawar akan bermain untuk Quincy Crew bersama dengan Quinn ‘CCnC' Callahan, Arif ‘MSS’ Anwar dan Avery ‘SVG’ Silverman.

Must read

DreamLeague musim 12 dan ESL One Hamburg | Dua Kejohanan Dota 2 Oktober ini

Dreamleague Musim ke 12 dan ESL One Hamburg akan dijalankan dalam bulan Oktober ini. Kedua-dua kejohanan ini akan menawarkan jumlah hadiah lebih RM 2 Juta.
video

Evil Geniuses Juara ESL One New York tumpaskan Astralis

Evil Geniuses menjuarai Esl One New York selepas mengalahkan pasukan Astralis dalam siri 3-1 semalam di pentas Barclays Center, Amerika Syarikat.

Selangor Cyber Games 2019 kembali ! RM 215,000 jadi taruhan!

Selangor Cyber Games 2019 kembali menjadi pertaruhan untuk peminat-peminat esukan seluruh negara dan kali ini lebih RM 215,000 jadi taruhan! 

Geek Fam kini lancar Geek Academy

[#BeritaEsukan] Geek Fam kini ambil satu langkah kehadapan apabila mereka kini bersama-sama  dengan The Academy of Esports lancar Geek Academy

You might also likeRELATED
Recommended to you