News Kerajaan Arab Saudi beli aset ESL Gaming bernilai $1.05...

Kerajaan Arab Saudi beli aset ESL Gaming bernilai $1.05 billion USD.

-

[#ESUKAN] Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.
Syarikat permainan, MTG telah bersetuju untuk menjual 100% aset ESL Gaming kepada Savvy Gaming Group yang telah ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Laporan dari Reuters memetik nilai kasar jualan aset tersebut adalah berjumlah $1.05 billion USD dengan nilai bersih sekitar $875 juta USD termasuk kos transaksi.

40% daripada penjualan tersebut bakal diagihkan kepada pemegang saham mereka dan selebihnya digunakan untuk menguatkan kedudukan dalam pasaran permainan dunia.

MTG menyatakan bahawa transaksi ini dianggap berjaya kerana ia bakal memberikan satu dorongan yang besar buat mereka dalam pertumbuhan bisnes permainan global.

Syarikat daripada Sweden itu merupakan pemilik aset ESL dan DreamHack yang telah disatukan menjadi ESL Gaming pada tahun 2015.

Penjualan aset tersebut kepada syarikat yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi menerusi Dana Perlaburan Awam telah mendatangkan reaksi bercampur baur terutamanya dari penggiat aktif e-sukan.

Selain ESL Gaming, Savvy Gaming Group juga telah membeli FACEIT yang merupakan sebuah lagi aset dari bidang e-sukan dengan harga $550 juta USD sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Sumber: Reuters

#ESLGaming #SaudiArabia #FACEIT #SGG

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

PMPL Asia Tenggara 2022 bermula hari ini.

[#PUBGMobile] Kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) Asia Tenggara akan bermula hari ini dengan 16 pasukan terbaik mengambil bahagian.

Kejohanan DOTA 2 ESL One kembali ke Malaysia!

[#DOTA2] ESL dengan rasmi mengumumkan bahawa kejohanan ESL One kembali ke Malaysia selepas 4 tahun ditunda akibat konflik pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

IEM Cologne: 24 pasukan yang bertanding diumumkan.

[#CSGO] Kejohanan Intel Grand Slam yang kedua tahun ini, IEM Cologne telah mengumumkan kesemua 24 pasukan yang bertanding secara rasminya sebentar tadi.

OG mudah benam Team Secret dalam perlawanan pembukaan DPC.

[#DOTA2] OG mulakan saingan DPC Eropah Barat siri ke-3 dengan bergaya apabila berjaya membenam Team Secret 2-0 awal pagi tadi.

Alliance lantik Leon “Arthur” Lee sebagai pembantu Loda.

[#DOTA2] Personaliti dan pengulas DOTA 2 Malaysia, Leon “Arthur” Lee dilantik sebagai pembantu jurulatih buat skuad DOTA 2 antarabangsa, Alliance.

Cloud 9 muncul juara IEM Dallas 2022.

[#CSGO] Cloud 9 menang bersih 3-0 ke atas pasukan ENCE untuk muncul sebagai juara kejohanan IEM Dallas 2022 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you