News Kes ugut, salah guna kuasa - Redeye tinggalkan dunia...

Kes ugut, salah guna kuasa – Redeye tinggalkan dunia esukan

-

[#Esukan] Paul ‘Redeye’ Chaloner seorang ikon esukan dunia umum tinggalkan pentas itu selepas dituduh terlibat dengan pelbagai kes termasuk ugut dan salah guna kuasa.

Paul Redeye Chaloner abuse
Paul Redeye Chaloner tinggalkan dunia esukan selepas dituduh terlibat kes ugut dan salah guna kuasa.

Pengakuan ini mula dibuat oleh seorang pengulas esukan CS:GO, James Banks melalui satu ciapan twitter beliau 2 hari lepas. Banks menyatakan bahawa Redeye seorang yang tidak seperti disangka oleh orang ramai dimana beliau mengugut dan menyerang peribadi Banks.

Diciapan yang sama, Banks melampirkan satu dokumen yang menjelaskan perkara ini secara terperinci. Boleh lihat kenyataan penuh James Banks disini.

Didalam kenyataan yang bertajuk “The Truth of Paul ‘Redeye’ Chaloner & Code Red” itu, Banks menerangkan beberapa keadaan dimana beliau menuduh Redeye salah guna kuasa dan reputasi beliau di pentas esukan untuk menjatuhkan seseorang khususnya diri beliau sendiri.

Banks bukan sahaja menuduh Redeye, tetapi syarikat Code Red dimana Redeye merupakan Managing Director itu secara tidak langsung. Luke Cotton yang merupakan salah satu Eksekutif tertinggi syarikat itu dikatakan mengugut Banks untuk tidak meneruskan niat beliau didalam menyebarkan isu ini kepada wartawan esukan.

Menurut kenyataan yang sama, dibawah merupakan antara tuduhan yang dibuat oleh James Banks keatas Redeye, Luke Cotton dan juga Code Red:

  • Redeye mengugut keseluruhan kerjaya Banks jika beliau tidak mengasingkan diri didalam satu kejohanan CSGO walaupun beliau tahu Banks dibawah perjanjian dengan penganjur.
  • Redye menumbuk seorang pekerja GFinity semasa bertugas
  • Redeye menggunakan kuasa beliau sesukan hati
  • Menggugut Banks untuk tidak mengeluarkan kenyataan terhadap Red Code dan juga Redeye dengan menggunakan kenyataan yang dibuat Banks 10 tahun lalu terhadap komuniti LGBT
  • Mengugut wartawan esukan yang cuba mengeluarkan cerita Banks kepada awam

Selepas Banks mengeluarkan kenyataan ini, Code Red dan juga Redeye menidakkan kesemua tuduhan yang dibuat.

Permohonan maaf keatas golongan LGBT telah pun dibuat oleh Banks dimana beliau mengatakan beliau bukanlah orang yang sama 10 tahun lepas.

Selepas semua ini berlaku, Paul ‘Redeye’ umum tinggalkan pentas esukan walaupun telah menidakkan kesemua tuduhan yang dilempar keatas dirinya.

Redeye mengatakan beliau tidak ada masalah dengan tuduhan yang dilemparkan keatas diri beliau namun tidak akan menerima jika keluarga beliau dilibatkan sekali didalam kemelut ini. Perkara ini telah pun diputuskan di mahkamah bahawa beliau tidak bersalah namun perkara ini hanya dapat reda jika beliau tarik diri dari esukan sepenuhnya.

Setakat ini, Redeye umum tarik diri dari dunia esukan merupakan penghujung kemelut ini.

Sumber: Twitter

#Redeye #Dota2 #JamesBanks #CSGO #AbuseofPower #Esports

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan jgua content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Seorang bekas ahli media dan penulis baru didalam dunia penulisan namun telah lama meminati dunia esukan. Into Music, Movie for fun and IT Tech for work. Thank you for the love and support geng! Email me at afrozoso@sentrum.my for anything including collaboration, news and even lepak!

Latest news

Kes ugut, salah guna kuasa – Redeye tinggalkan dunia esukan

Paul 'Redeye' Chaloner seorang ikon esukan dunia umum tinggalkan pentas itu selepas dituduh terlibat dengan pelbagai kes termasuk ugut dan salah guna kuasa.

18-0 di 6 pentas akhir, Team Secret umum cuti sebulan

[#Dota2] Team Secret umum cuti sebulan di bulan Julai ini selepas menjuarai kejuaraan Beyond Epic benam Team Nigma 3-0 di pentas akhir.

OGA Dota PIT 2020 Online China kembali di musim kedua

OGA Dota Pit 2020 Online rantau China kembali di musim ke2, masa untuk VICI Gaming - PSG LGD, kembalikan maruah yang jatuh di tangan Sparking Arrow Gaming.

Beyond Epic, Team Secret Juara, 6 kejuaraan berturut-turut

[#Dota2] Team Secret juara kejuaraan Beyond Epic anjuran Beyond The Summit dan Epicenter benam Team Nigma 3-0 di pentas akhir.

Beyond Epic rantau CHINA, Sparking Arrow tibai VICI Gaming 2-0!

[#Dota2] Sparking Arrow Gaming juara kejohana Beyond Epic rantau China selepas benam pasukan gergasi Dota 2 China, VICI Gaming 2-0 di pentas akhir.

DR Disrespect ‘banned” dari Twitch, kali ini buat selama-lamanya?

Bintang Twitch Dr Disrespect telah diharamkan atau 'banned' dari laman streaming Twitch awal pagi semalam dan kali ini mungkin selama-lamanya.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you