Home Liga Fantasi SentrumMY Kontroversi FFP Barcelona – PSG miliki Messi

Kontroversi FFP Barcelona – PSG miliki Messi

144
Messi berpindah dari Barcelona FC ke PSG Foto oleh Getti Image

[#LigaFantasiSentrumMY] Selesai sudah proses permindahan lagenda bola sepak Lionel Messi dari Barcelona FC ke PSG FC hari ini dimana kontrak dan juga pemeriksaan kesihatan yang berjalan lancar namun timbul satu isu iaitu FFP.

Messi berpindah dari Barcelona FC ke PSG Foto oleh Getti Image

Lagenda bola sepak dunia Lionel Messi menamatkan era kegemilangan bersama Barcelona FC menjadi berita paling tergempar tahun ni dalam dunia bolasepak.

Setelah merangkul dan memenangi pelbagai anugerah sebagai pemain kelab itu, kini Messi secara rasminya bersama kelab baru PSG FC tetapi yang menariknya bukan pasal perpindahan ni tetapi isu FFP. Apa benda FFP ni?

Korang boleh baca artikel rasmi di wiki tapi secara rumusannya nya FFP atau Financial Fair Play adalah senarai peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua kelab di bawah EUFA.

FFP menggariskan bahawasanya setiap kelab perlu mengambil kira ratio antara revenue dan spending dalam mengurus kelab bermakna untung dan rugi hendaklah stabil.

Antara sebab utama perkara/peraturan ini dibuat adalah kerana pemilik kelab billionaire tak boleh sesuka hati membeli pemain yang “power” semata-mata kerana mereka kaya!

Kalau tak, tercungap la kelab bola sepak yang lain dan tak boleh nak berikan saingan stabil dan mantap, betul tak?

FFP ini adalah sebab atau antara punca utama Messi dilepaskan dari kelab berkenaan yang membawa maksud, kestabilan untung rugi kelab berkenaan salah dari sisi undang-undang.

Semenjak pandemik Covid-19 ini, terbukti ia membawa kesan dalam perniagaan dan kelab bola sepak semestinya tidak terkecuali. Memang logik sebab tiket tak terjual kerana penonton tak boleh datang kan?

PSG pon tak terkecuali dalam hal ini dimana kelab berkenaan juga terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

Musim ini sahaja, PSG telah menandatangani beberapa pemain ternama dunia seperti Hakimi dan juga Donnarumma.

Tidak lupa kelab ini juga masih memiliki Neymar, Mbappe dan 9 lagi goalkeeper yang sudah semestinya semua perlu dibayar gaji. Korang rase kelab ni tengah rugi ke atau untung?

Memetik tuduhan peguam Barcelona DISINI, beliau mendapati PSG seperti akan melanggar peratusan FFP ini sekiranya mereka mendapatkan Messi.

Apa pula tindakan EUFA? Only time will tell.

Bagi yang belum join Liga Fantasi Sentrum MY cepat klik link ni.

LIGA FANTASI SENTRUMMY MUSIM 2021/2022 Kembali!

Apa-apa hal, boleh hubungi kami di:

Email: reach@sentrum.my
FB: https://www.facebook.com/sentrummy/

Jangan lupa untuk like, share dan subscribe semua social media Sentrum MY untuk info dan pengumuman terkini ya guys!

#FantasyPremierLeague #FantasyLeague #PLFantasyManager#FantasyFootball #EPL #EnglishPremierLeague #SentrumLeague#SentrumMY