Home GAMING | ESUKAN Pubg Krafton akan membawa masuk Son Heung Min ke dalam arena PUBG.

Krafton akan membawa masuk Son Heung Min ke dalam arena PUBG.

105

[#PUBG] Ketua pasukan bola sepak Korea Selatan yang juga pemain sayap Tottenham Hotspur FC, Son Heung Min dikhabarkan akan berkolaberasi bersama pemainan PUBG.

Ketua pasukan bola sepak Korea Selatan yang juga pemain sayap Tottenham Hotspur FC, Son Heung Min dikhabarkan akan berkolaberasi bersama pemainan PUBG.
Ketua pasukan bola sepak Korea Selatan yang juga pemain sayap Tottenham Hotspur FC, Son Heung Min dikhabarkan akan berkolaberasi bersama pemainan PUBG.

Perkara ini diumumkan oleh Krafton sendiri yang telah mendedahkan sedikit perincian mengenai kerjasama itu.

Bermula daripada 21 Julai, para pemain mempunyai peluang untuk bermain sebagai Son Heung Min dan mengutip ganjaran eksklusif sepanjang tempoh kempen tersebut sehingga 3 Ogos nanti.

Beberapa misi dalam permainan akan diperkenalkan selain daripada beberapa barangan tema termasuk topi keledar level 3 istimewa dan juga kupon Contraband.

“Saya adalah antara peminat PUBG semenjak permainan itu mula diperkenalkan lagi dan saya teruja diberikan peluang untuk berkolaberasi bersama Krafton secara terus,”ujar Son Heung Min.

“Krafton mencipta karakter (Son Heung Min) ‘sebiji’ macam susuk tubuh saya dan saya tidak sabar untuk memenangi chicken dinner bersama karakter tersebut,” tambahnya lagi.

Bagi pemain yang tidak berpeluang untuk menyertai kempen permainan tersebut, barangan eksklusif itu akan mula dijual di kedai dalam permainan pada tanggal 20 Oktober 2021.

Sumber: PUBG

#SON7 #PUBG

Jangan lupa support page SentrumMY untuk info terkini dan juga content menarik!