GAMING | ESUKAN Dota 2 Lagenda Dota 2 negara - Mushi kembali ke pentas...

Lagenda Dota 2 negara – Mushi kembali ke pentas profesional

-

[#Dota2] Lagenda Dota 2 negara Mushi bakal kembali ke pentas profesional bersama pasukan Keen Gaming dari China.

Mushi Join Keen Gaming Foto ESL

Mushi sebelum ini menjadi jurulatih untuk pasukan Mineski di pentas The International 9 dimana Mineski kalah dengan pasukan Team Secret di pusingan kalah mati | Lower Bracket.

Mushi Join Keen Gaming by SS Weibo

Mushi atau Chai “Mushi” Yee Fung adalah nama besar di dalam dunia Dota 2 dimana beliau sudah bermain di Pentas The International sejak The International 2 yang dimenangi oleh rakan senegara juga iaitu Chuan dari pasukan China Invictus Gaming.

Keen Gaming merupakan kelab esukan dari China yang juga hadir di The International 9 baru-baru ini tetapi pulang di tempat ke 13-16 setelah kalah dengan Infamous.

Mushi sebelum menjadi jurulatih Mineski untuk Ti9, beliau merupakan pemain untuk kelab esukan Malaysia – Geek Fam.

Mushi di Ti9 sebagai Jurulatih Mineski

Kehadiran Mushi didalam Keen Gaming dikatakan untuk bawa sekali pengalaman beliau yang besar untuk menerajui pasukan berkenaan di musim DPC yang baharu.

Walaupun Mushi dikenali sebagai Midlaner dan juga pemain Carry yang berjaya untuk pasukan-pasukan sebelum ini seperti di Fnatic, Mineski, DK Gaming, Orange Esports, Team Malaysia, Team Aster, dan lain-lain, Mushi akan bermain sebagai Posisi 5 iaitu support untuk pasukan Keen Gaming.

Selamat maju jaya kepada Mushi di China bermain untuk Keen Gaming

BACA:

Lagenda Dota 2 negara, Mushi ke TI9 sebagai jurulatih Mineski

Sumber: Dot Esports

#KeenGaming #Dota2TI #TI9 #theinternational9 #Shanghai #mushi #MGod #Mineski #RoadtoTi10 #Dota2Roster #Dota2News #ChangesRoster

Jangan lupa untuk like page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content yang menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

M1 | EVOS Legends juara dunia Mobile Legends pertama!

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang M1 semalam labuhkan tirai dengan pasukan dari Indonesia EVOS Legends dinobat sebagai juara dunia pertama.

SK Telekom T1 | Febby pelengkap roster

Kim "Febby" Yong-min pelengkap roster pasukan Dota 2 SK Telekom T1 bersama-sama dengan PieLieDie dan juga FoREv.

MDL Chengdu | 5 pemain negara akan beraksi di Major DPC pertama musim baru

Lima pemain negara akan berentap di MDL Chengdu | Major pertama musim baru DPC - rebut lebih RM 4 juta jumlah kolam hadiah.

PieLieDie sertai kelab gergasi Korea Selatan SK Telekom T1

Johan 'PieLieDie' Åström dilihat sertai pasukan gergasi Korea Selatan SK Telekom T1 menurut laman web rasmi pendaftaran Major Valve semalam.

Chaos EC | Saberlight tidak diserap masuk selepas Dota Summit

Kelab esukan Chaos EC melepaskan pemain posisi 3 mereka - Saberlight- selepas kejohanan Dota Summit 11 yang baru sahaja selesai minggu lepas.

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you