Home GAMING | ESUKAN Dota 2 Lagi organisasi bubar roster Dota 2, kini giliran GeekFam

Lagi organisasi bubar roster Dota 2, kini giliran GeekFam

311
Geekfam Dota 2
GeekFam umum bubar roster Dota 2.

[#Dota2] Organisasi esukan SEA Geekfam umum bubar roster Dota 2 mereka sebentar tadi di laman sosial media.

Geekfam Dota 2
GeekFam umum bubar roster Dota 2.

Geekfam merupakan antara organisasi esukan terbesar dirantau SEA dimana bukan sahaja untuk esukan Dota 2, malah esukan lain seperti Mobile Legends Bang Bang dan juga PUBG, PUBG Mobile. Pasukan untuk esukan yang sama diwakili dari pelbagai pemain dari merata rantau SEA.

https://www.facebook.com/GeekFamDota2.MY/posts/2892430514311423

Geekfam umum pembubaran roster Dota 2 mereka sebentar tadi di laman sosial akibat impak yang besar dari pandemik Covid-19 ini. Didalam petikan pengumuman Geekfam dilaman sosial, mereka menghadapai beberapa kesukaran sejak dari permulaan Covid-19 iaitu di ESL One Los Angeles Major.

Kesukaran yang dihadapi mereka untuk memohon Visa yang boleh dikatakan sia-sia dan tanpa hasil. Seluruh pasukan Dota 2 Geekfam telah pun tiba di Los Angeles sebelum pengumuman Lockdown Covid-19 diumumkan.

Namun pencapaian Geekfam di kejohanan atas talian boleh dikatakan membanggakan dimana mereka menghabiskan kesemua kejohanan di top 4. Geekfam juga menjuarai kejohanan BTS Pro Series Musim kedua tumbangkan Boom Esports dan Juara kejohanan ONE Esports Dota 2 SEA League tumbangkan FNATIC 3-1.

Didalam pengumuman yang sama, Geekfam mengatakan mereka akan kembali ke kompetitif Dota 2 apabila Valve berikan info lanjut tentang mata DPC dan The International 10. Kurang komunikasi diantara Valve dengan organisasi esukan antara punca Geekfam bubar pasukan Profesional Dota 2 mereka. Ini kerana rancangan masa depan pasukan tidak dapat dibuat tanpa kepastian dari pihak Valve.

Roster Geekfam yang dibubarkan adalah, Carlo “Kuku” Palad, Karl “Karl” Jayme, Kenny “Xepher” Deo dan Matthew “Whitemon” Filemon. Geekfam baru-baru ini tumbang ditangan FNATIC 2-0 untuk kejohanan ESL One Thailand yang masih lagi berlangsung sekarang.

Sumber: Geek Fam Facebook

#Geekfam #Dota2Sea #SEADota #Kuku #Karl #Abed #Xepher #Whitemon #MalaysiaDota

Jangan lupa Support Page Sentrum.MY untuk info terkini Dota 2 dan juga content menarik!