GAMING | ESUKAN Dota 2 Leslao dan Supream berpisah dengan Alliance.

Leslao dan Supream berpisah dengan Alliance.

-

[#DOTA2] Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.

Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream^” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.
Pasukan Alliance semakin tertekan dalam persiapan menghadapi cabaran DOTA 2 Pro Circuit (DPC) Divisyen 2 Eropah Barat apabila Ondrej “Supream^” Starha dan Rodrigo “Leslao” Santos meninggalkan pasukan.

Pengumuman itu dibuat menerusi laporan di laman web rasmi mereka malam semalam waktu Malaysia.

Leslao dan Supream menyertai pasukan Alliance yang berwajah baru namun mereka gagal memberikan impak positif dalam pasukan.

Menang sekali dalam 7 perlawanan menyebabkan mereka tersingkir dari Divisyen 1 buat kali pertama semenjak sistem DPC dianjurkan.

Pemilik Bersama Pasukan, Jonathan “Loda” Berg sebelum ini telah memberitahu peminat bahawa Alliance akan melalui satu lagi rombakan yang besar dan mengharapkan sokongan yang tidak putus buat mereka.

Hanya Adam “Aramis” Moros dan Nikolay “nikobaby” Nikolov sahaja yang dijangka akan meneruskan legasi pasukan ini disamping Henrik “AdmiralBulldog” Ahnberg bertindak selaku pemain simpanan.

Ura-ura mengenai seorang pemain professional Bulgaria, Nikolay “CTOMAHEH1” Kalchev untuk sertai Alliance bakal dimuktamadkan dengan Brame Esports sudah mengumumkan tidak lagi bersamanya untuk musim akan datang.

Sumber: Alliance

#LongLiveAlliance #DPC #leslao #supream #Alliance

Jangan lupa support page Sentrum.MY untuk info terkini dan juga content menarik!

Faizal Ramlihttps://twitter.com/faizalthefirst
Seorang penduduk bandar Gotham yang berumur suku abad yang gemar menulis dan membaca segala berkaitan e-sukan.

Latest news

Champions 2022: Leviatan, OpTic dan DRX lepasi peringkat kumpulan.

[#VALORANT] Kejohanan dunia VALORANT Champions 2022 yang berlangsung di kota Istanbul, Turki itu diteruskan dengan 3 pasukan iaitu Leviatan, OpTic Gaming serta DRX sudah melepasi peringkat kumpulan.

OG sapu bersih Team Aster 3-0 untuk muncul juara ESL One Malaysia 2022.

[#DOTA2] Pasukan OG sekali lagi berjaya menjulang trofi keramat ESL apabila mudah menjinakkan Team Aster 3-0 di perlawanan akhir ESL One Malaysia 2022 yang tamat malam semalam.

ESL One Malaysia: OG sertai kelompok 3 pasukan terakhir.

[#DOTA2] OG kembali ke landasan sebenar selepas berjaya menewaskan harapan terakhir Asia Tenggara, FNATIC 2-1 dalam perlawanan yang berakhir malam tadi.

Pasukan T1 satukan semula Ana dan Topson.

[#DOTA2] Gandingan dua kali juara dunia iaitu Topias Taavitsainen (Topson) dan Anathan Pham (Ana) kembali disatukan semula oleh pasukan T1 sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan The International 2022.

PSG LGD ‘tercekik’ lagi, Team Spirit muncul juara PGL Arlington Major.

[#DOTA2] Team Spirit sekali lagi menjadi ‘kryptonite’ kepada PSG LGD apabila mereka berjaya menundukkan jaguh China itu di perlawanan akhir PGL Arlington Major pada awal pagi semalam.

PSG LGD terus cemerlang di bumi Arlington.

[#DOTA2] Pasukan gergasi China, PSG LGD mara ke peringkat akhir kejohanan major pertama mereka tahun di Arlington selepas menumpaskan Team Spirit 2-0 awal pagi tadi.

Must read

video

Resolut1on, “beri Virtus Pro masa untuk kembali menyengat”

Resolut1on selaku pemain offlaner untuk Virtus Pro berkata beri mereka masa untuk memahami antara satu sama lain dan mereka pasti akan kembali menyengat!
video

SENTRUMMY x TWTDOTA At ONE ESPORTS DOTA 2 WORLD PRO INVITATIONAL SINGAPORE

SentrumMY bersama dengan TWTDOTA Malaysia hadir ke kejohanan ONE ESPORTS DOTA 2 World Pro Invitational Singapore pada 22/12/2019 hari terakhir kejohanan.

VICI Gaming Juara ONE Esports, benam Evil Geniuses 3-0

VICI Gaming juarai kejohanan One Esports Dota 2 World Invitational Singapore kalahkan Evil Geniuses 3-0 di pentas Final sebentar tadi.

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational | Bermula hari ini, Info dan Jadual

ONE Esports Dota 2 World Pro Invitational bermula hari ini dimana 12 pasukan berentap di pentas Singapore Indoor Stadium untuk hadiah lebih RM 2,000,000!

You might also likeRELATED
Recommended to you