GAMING | ESUKAN Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

-

[#LevelUPKL] Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 pada hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi aktiviti menarik.

Level UP KL Biz 2019 Event Launching Foto SentrumMY

Majlis yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Puan Surina Shukri menyatakan bahawa Malaysia akan menjadi salah satu ‘Power House’ untuk ‘game developers’ dimana ia selari dengan pembangunan pesat industri ‘gaming’. Level Up KL Biz yang sudah berlangsung dari 2 November ini penuh dengan pelbagai aktiviti seperti persidangan lebih 70 ‘keynote speakers’ dari seluruh dunia berkongsi pengalaman dan bisnes.

Selain daripada itu, Larian Studios yang popular dengan game seperti Divinity: Original Sin II dan juga Baldur’s Gate III: The Black Hound juga umum akan membuka cawangan studio di Malaysia semasa pembentangan mereka di majlis pelancaran Level UP KL Biz pagi tadi. Swen Vincke, pengasas Larian Studios membuat pengumuman itu selepas memberikan ucapan tentang perjalanan pahit manis syarikat Larian Studios sejak ditubuhkan pada awal tahun 90an. 

Larian Studios buka cawangan Studios di Malaysia Foto SentrumMY

Konvesyen ini juga memberi pengiktirafan kepada pembangun-pembangun game di peringkat rantau Asia Tenggara iaitu SEA Games Award termasuk dari kategori artistik, kreatif, teknikal dan juga ‘gameplay achievements’. SEA Game Jamm juga merupakan aktiviti yang menarik dimana pembangun game dari rantau Asia Tenggara bekerjasama untuk mencipta konsep game selama lebih 36 jam.

Level Up KL Play

Level Up KL Play bertujuan untuk menjadi konvensi game terbesar negara dimana kehadiran pembangun game dan juga gamers didalam industri. Aktiviti menarik seperti pelancaran game secara eksklusif di pentas konvensi pada 9 dan juga 10 November, hujung minggu ini.

Lvel Up KL Play akan diadakan selama dua hari (9/10 Nov 2019) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Antara aktiviti menarik akan diadakan adalah:

  • Pameran pembangun game
  • Kejohanan Esukan
  • Pertandingan ‘costume play’
  • Video Game Orchestra

Antara kejohanan Esukan yang akan diadakan di Level Up KL ini adalah Mobile Legends, TEKKEN 7, Arena of Valor, PUBG Mobile, Counter Strike: Global Offensive (CS:GO), dan Pro
Evolution Soccer 2019.

Selain daripada itu, Media Prima Digital juga umum kerjasama dengan Ziff Davis Davis, yang merupakan sebahagian dari J2 Global, untuk mengendali operasi IGN Southeast Asia (sea.ign.com) untuk penggemar hiburan dan permainan digital di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

“IGN adalah jenama media terkenal di dunia dalam kalangan peminat permainan digital, filem dan hiburan, kini tersedia dalam 30 edisi antarabangsa, 26 bahasa dan meliputi 115 negara. IGN mencapai audien global sebanyak 196 juta pengguna di seluruh laman web, video dan platform sosial (Google Analytics & platform metrik, purata bulanan pada Q1 2019). IGN merupakan satu daripada jenama media yang paling maju di dunia, bukan sahaja dalam bidang hiburan, malahan dalam pelbagai kategori.”

Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, berkata: “Kami sangat teruja untuk terus memperkukuhkerjasama kami dengan Ziff Davis dengan kehadiran IGN Southeast Asia. Kami percaya bahawa kerjasama ini dapat membantu mempercepat kewujudan dan pendapatan digital Kumpulan di peringkat tempatan dan serantau, terutamanya dalam industri permainan digital merentasi pasaran utama lain di Asia Tenggara. Sebagai kumpulan media digital, kami sedar bahawa permainan dan e-sukan adalah masa depan dan kami akan menyokong dan mengembangkan industri tersebut di rantau ini.”

Macam mana guys? best tak? kalau best jangan lupa kosongkan jadual korang hari Sabtu dan Ahad ini | 9/10 November 2019 untuk datang menyemarakkan konvesyen game terpower di Malaysia. Boleh check out sini untuk dapatkan tiket

#LevelUpKL #LevelUpKLBiz2019 #LevelUPKL2019 #LevelUpKLPlay #Esports #Game #GamersConvention

Jangan lupa untuk support page Sentrum.MY untuk info esukan terkini dan juga content menarik!

Afro Zoso
Afro Zoso
Peminat game, esports, movie dan juga musik! Tulisan ikut mood, kadang BM kadang BI ! Tapi yang penting tak pernah kopi pasta ya geng! Dari hati ke tulisan! Email aku kat SentrumGaming@gmail.com kalau ada apa-apa news terbaru yang korang nak aku cover! Thank you sapot geng!

Latest news

Astralis Juara IEM Beijing | Menang mudah keatas 100 Thieves

Pasukan gergasi CSGO Astralis menang mudah kejohanan IEM Beijing semalam selepas benam pasukan 100 Thieves 3-0 di pentas akhir.

[#LigaFantasiSentrumMY] Langit Tidak Lagi Berwarna BIRU!

Shout out to all KOP fans! Kini langit tidak lagi berwarna BIRU! Adakah kejuaraan musim ini akan menjadi milik Liverpool akhirnya?

Worlds 2019 | FunPlus Phoenix Juara Kejohanan dunia League of Legends

Pasukan dari China FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan paling berprestij League of Legends, Worlds 2019 semalam selepas benam pasukan G2 Esports 3-0!

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Liga Fantasi Sentrum : Percaturan Minit Terakhir!

Just Follow Sentrum And You Are In A Good Shape! Minggu ni sibuk sangat sampai tak ingat sibuk sebab...

Must read

video

Invictus Gaming Juara Dota Summit 11, kejohanan Minor DPC pertama benam Chaos EC 3-0

Invictus Gaming juara Dota Summit 11 - kejohanan DPC pertama musim baru Dota 2 semalam selepas membenam Chaos EC 3-0 di pentas akhir.
video

SentrumMY At Level Up KL | Hari Ke 2

Kejohanan Dota 2 Predator, Mobile Legends Bang Bang, Pubg Mobile, Fifa20 2v2 anjuran Gamesbond, Magic The Gathering dan banyak lagi guys!

Level Up KL | Konvensyen untuk para gamers!

Majlis Perasmian Level Up KL Biz 2019 hari ini yang diadakan di Connexion Conference & Event Centre, umum pembukaan Larian Studios dan banyak lagi.

TNC Predator bukti rantau SEA bukan calang-calang! | Juara ESL One Hamburg

TNC Predator menjuarai kejohanan ESL One Hamburg semalam selepas kalahkan pasukan underdog rantau CIS Gambit Esports 3-2 didalam siri best of 5.

You might also likeRELATED
Recommended to you