Home Liga Fantasi SentrumMY Liga Fantasi Sentrum : Ini Baru Betul DRAMA !

Liga Fantasi Sentrum : Ini Baru Betul DRAMA !

213

[#LigaFantasiSentrumMY] Ini Baru Betul DRAMA !

Berlalu lah sudah.. satu lagi gameweek yang pada aku, tak la  mengecewakan berdasarkan point yang kite kutip minggu ni berbanding minggu lepas. Dengan jumlah kutipan 57 points, kebanyakan pemain kite boleh dikatakan berfungsi dengan baik. Cuma nasib tidak menyebelahi kapten kite Sterling yang gagal menyumbang mata seperti yang diharapkan. Tapi bagi korang yang meletakkan harapan pada Kun mesti tergelak sorang-sorang mase habes game City ritu kan? Anyway congrats u ols!

Bukan cite pasal Aguero score banyak je yang menjadi perhatian aku untuk gameweek baru ni. Korang tengok tak game London Derby? Arsenal vs Spurs laaaa. Pada aku the best game to watch minggu tu. Secara tabi’i nye both team nak menang and tak nak kalah (for sure la kan?). Tapi game tu lain macam jadinye bile pemain-pemain both side mule bermain dengan emosi. Dari awal sampai akhir game tu penuh dengan aksi. Bukan takat aksi taktikal bola je tapi sekali dengan drama pergaduhan yang pada aku mengasyikkan!

Image from tellerreport.com

Tu lah warna-warni dunia perlawanan bolasepak yang pada sesetengah orang anggap tak bagus, contoh tak baik la ape la. Tapi pada aku bende-bende ni la yang buat game tu lebih seronok nak tengok. Gile ko, mule-mule macam bese, tackle sikit-sikit. Pastu dah start tak carik bola, carik kaki terus. Pastu dah start main mulut (ape dorang carot dalam padang tu aku tak tau la kan), tapi yang pasti orang yang kene tu nampak betul sentapnye. Pastu up lagi, dah tak pakai mulut dah, skettttt je lagi nak bergusti! Rugi la sape tak tengok live time tu. Aku memang harap ade bertumbuk mase tu, baru la syok oooo!

Image from foxsports.com.au

Selain daripada tu, antara highlight lain yang mendapat perhatian kite adalah

  • Pilihan untuk membawa masok Aguero – SANGAT TEPAT (cume tak kapten je)
  • Richarlison kembali menjaringkan gol setelah 3 minggu menyepi (sekali kembali terus letop 2 gol)
Image from express.co.uk
  • Digne terlepas mata clean-sheet walaupon ade 1 assist
  • Man Utd lepaskan peluang untuk menang setelah mendahului 1 gol. Aku tak tau la ape gune pertahanan yang bernilai puluh juta tu. Nampak rapuh sungguh!. Cuma James penyedap hati walaupon dia sepatutnya boleh dapat lebih banyak points.
  • Tammy Abraham telah menjaringkan 4 gol dalam 2 game walaupon Chelsea hanya mampu seri dengan pasukan newly promoted Sheffield United. Adakah Tammy Abraham boleh kite pertimbangkan untuk dibawa masok ke 1st Eleven kite?
Image from football.london
  • Pukki tak score kali ni. Seriously????
  • THE KOP mengekalkan winning streak dan mendahului tangga liga dengan kelebihan 2 mata. Aku tak kesah janji Mane score hahahah

Apa apa pun, Gameweek 4 telah menutup tirai dan kite akan berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada pemain untuk menabur bakti dan jasa mereka kepada Nation masing-masing di peringkat antarabangsa.

Kite mendoakan pemain-pemain semua selamat pergi dan pulang tanpa membawa sebarang kecederaan yang serius. Kami di Sentrum akan cuba untuk memberi info-info mengenai keadaan pemain-pemain kite ketika ketiadaan mereka di EPL

So, stay tuned guys with sentrum.my

#FantasyPremierLeague #FantasyLeague #PLFantasyManager#FantasyFootball #EPL #EnglishPremierLeague #SentrumLeague#SentrumMY